Cukai barangan dan perkhidmatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
== GST di dunia ==
* [[GST di Malaysia]]
Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Hal ini kerana populasi penduduk di Malaysia kian meningkat saban tahun. Berikutan itu, kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga akan bertambah. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Sebaliknya di seluruh dunia. Sebagai contoh di United Kingdom, pelajar antarabangsa telah dikenakan srucaj perubatan. Ini adalah langkah yang diambil oleh kerajaan Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 bilion menjelang tahun 2020. Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara untuk menambahkan pendapatan negara masing- masing.
 
Malaysia memilih untuk menambahkan pendapatan kerajaan dengan cara memperkenalkan cukai GST. Langkah memperkenalkan cukai GST bukanlah bermakna kerajaan bertindak zalim, boros, tamak dan bakal muflis. Sebaliknya, langkah ini lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Justeru, mana- mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan negara yang baharu bagi memenuhi tuntutan masa hadapan.
 
Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai langsung seperti cukai pendapatan korporat dan cukai pendapatan individu. Malah, kerajaan juga menaikkan cukai 'dosa' seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan juga menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parkir atau menjual tanah milik kerajaan negeri seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah kerajaan negeri. Akan tetapi, hal ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk, tindakan tersebut boleh dilihat sebagai tindakan yang tidak adil. Bayangkan, hanya 1.9 juta daripada 8 juta pekerja di Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Justeru, adakah wajar hanya golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban cukai demi manfaat kesemua rakyat?
 
Malah, jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, keadaan ini akan menjadikan persekitaran Malaysia sebagai kurang menarik minat pelaburan asing untuk melabur di Malaysia. Lebih teruk lagi, dibimbangi jika ada syarikat milik rakyat Malaysia sendiri yang memilih untuk beroperasi di negara lain. Tidak mustahil jika ada insta-instashop yang membayar cukai akan 'mengamuk' di instagram ekoran cukai korporat yang terlalu tinggi.
 
Oleh itu, pilihan yang 'lesser evil' adalah pelaksanaan cukai GST. Dalam keadaan ini, hanya mereka yang berbelanja ke atas produk dan perkhidmatan sahaja akan dikenakan cukai GST sebanyak 6%. Tidakkah ini lebih adil dan demokratik?
 
Kerajaan Malaysia mungkin terlalu berani mengambil pendekatan yang tidak popular ini kerana jika rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pelaksanaan cukai GST, besar kemungkinan kerajaan akan dihukum oleh rakyat melalui pilihanraya yang akan datang.
 
CUKAI GST SUMBER PENDAPATAN 'BERTERUSAN'
 
Cukai GST bukan sekadar sumber pendapatan negara yang baru tetapi cukai GST juga merupakan sumber pendapatan 'berterusan'. Hal ini berlaku kerana cukai GST adalah cukai kepenggunaan dan masyarakat akan terus berbelanja tanpa mengira situasi ekonomi sama ada mundur atau berkembang. Ini menjelaskan mengapa sebanyak 169 buah negara di muka bumi ini telah melaksanakan cukai GST. Dan tidak semua dalam 169 buah negara yang melaksanakan cukai GST ini adalah negara, yang mana rakyatnya sudah kaya raya. Sebaliknya negara membangun seperti Burkina Faso, Vietnam dan Thailand juga turut melaksanakan cukai GST. Di negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura pula mengenakan cukai GST atau VAT yang amat tinggi iaitu sekitar 7% sehingga 20%.
 
Perlu diingatkan juga bahawa, tidak mungkin kesemua 169 buah negara yang melaksanakan cukai GST ini adalah negara bebas rasuah dan tidak berlaku ketirisan perbelanjaan. Bahkan sebilangan besar dari negara- negara yang mengamalkan GST ini adalah negara yang lebih mundur pengurusan ekonominya berbanding Malaysia. Ini bermaksud, jumlah pendapatan rakyat, tahap pengurusan ekonomi atau indeks rasuah sesebuah negara tidak pernah dijadikan kayu pengukur untuk melaksanakan cukai GST.
 
Sebenarnya, cukai GST di Malaysia sudah lama dibincangkan di Malaysia iaitu semenjak zaman Tun Daim menjadi Menteri Kewangan Malaysia lagi.
 
PELAKSANAAN CUKAI GST MEMBANTU MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA PENDAPATAN PETRONAS
 
== Nota kaki ==