Cukai barangan dan perkhidmatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 6:
Malaysia memilih untuk menambahkan pendapatan kerajaan dengan cara memperkenalkan cukai GST. Langkah memperkenalkan cukai GST bukanlah bermakna kerajaan bertindak zalim, boros, tamak dan bakal muflis. Sebaliknya, langkah ini lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Justeru, mana- mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan negara yang baharu bagi memenuhi tuntutan masa hadapan.
 
Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai langsung seperti cukai pendapatan korporat dan cukai pendapatan individu. Malah, kerajaan juga boleh menaikkan cukai 'dosa' seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan juga menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parkir atau menjual tanah milik kerajaan negeri seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah kerajaan negeri. Akan tetapi, hal ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk, tindakan tersebut boleh dilihat sebagai tindakan yang tidak adil. Bayangkan, hanya 1.9 juta daripada 8 juta pekerja di Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Justeru, adakah wajar hanya golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban cukai demi manfaat kesemua rakyat?
 
Malah, jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, keadaan ini akan menjadikan persekitaran Malaysia sebagai kurang menarik minat pelaburan asing untuk melabur di Malaysia. Lebih teruk lagi, dibimbangi jika ada syarikat milik rakyat Malaysia sendiri yang memilih untuk beroperasi di negara lain. Tidak mustahil jika ada insta-instashop yang membayar cukai akan 'mengamuk' di instagram ekoran cukai korporat yang terlalu tinggi.