AirAsia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.164.181.216 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 60.50.70.7
Baris 131:
</center>
 
===Pembaharuan pesawat===
a
Syarikat Penerbangan AirAsia memulakan pertukaran gradual pesawatnya dari [[Boeing 737 Classic|Boeing 737-300]] kepada [[Airbus A320-200]], dengan tempahan pertama dibuat untuk 40 buah pesawat Airbus A320 dan 40 buah pesawat tambahan mengikut Memorandum Persefahaman yang diputuskan pada 17 Disember 2004. Apabila kontrak ditandatangani pada 25 Mac 2005, tempahan meningkat kepada 60 buah dengan 40 pilihan pertukaran.<ref>{{Cite news|work=Airbus.com|title=AirAsia increases A320 commitment to 100 aircraft|url=http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/25_Mar_05_AirAsia.html}}</ref> 6 buah pesawat Airbus A320 telah dihantar pada 9 Disember 2005, dengan baki 54 buah pesawat dari tempahan tahun 2005 yang akan dihantar pada Jun 2009.<ref>{{Cite news|work=Airbus.com|title=AirAsia initiates total fleet renewal with Airbus A320|url=http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/12_9_05_A320_AirAsia.html}}</ref>
 
Pada 19 Julai 2006, syarikat penerbangan ini telah berusaha dengan pilihan 40 buah pesawat Airbus A320-200 tambahan bagi meningkatkan jumlah tempahannya sebanyak 100 buah pesawat, dengan 30 pilihan pertukaran yang lain.<ref>{{Cite news|work=Airbus.com|title=AirAsia orders 40 more A320 Family aircraft|url=http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/07_19_06_airasia.html}}</ref> Ia membuat tempahan ke-3 dengan 50 buah pesawat A320-200 dan meningkatkan pilihan kepada 50 buah pesawat pada 8 Januari 2007, dengan jangka tempoh penghantaran dijangka selesai pada Disember 2013. Airbus A320-200 dijangka siap digantikan dengan pesawat Boeing 737-300 di hub penerbangan Air Asia di [[Kuala Lumpur]] pada Julai 2007.<ref>{{Cite news|work=Airbus.com|title=100 more A320s for AirAsia|url=http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/07_01_08_AirAsia.html}}</ref> Air Asia membuat tempahan terbarunya sebanyak 25 buah pesawat pada 25 November 2007, membawa kepada jumlah tempahan sebanyak 175 buah pesawat Airbus dengan 50 pilihan pesawat lama untuk pertukaran.<ref>[http://web.archive.org/web/20071221040707/http://afp.google.com/article/ALeqM5iYiePqyQtiyQaC4PJkkSjiESFFNQ Malaysia's AirAsia increases A320 order to 175 planes]</ref>
 
<ref name="autogenerated1">"[http://www.flightglobal.com/articles/2007/12/06/220110/airasia-orders-additional-25-airbus-a320s.html AirAsia orders additional 25 Airbus A320s]" Flight Global, 6 December 2007</ref>
 
Pada Ogos 2009, AirAsia sekali lagi menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menangguhkan penghantaran 8 pesawat Airbus A320s untuk tempoh 4 tahun hingga 2014 berikutan "kekangan infrastruktur" yang berlaku di [[Terminal Penerbangan Tambang Murah]] (LCCT) di [[Sepang]] kerana tidak mampu menampung peningkatan jumlah pesawat. Rasional kepada pengecutan kepada penghantaran pesawat pada tahun 2010 dan kemungkinan tahun 2011 adalah bagi membolehkan AirAsia untuk merancang dan memberi fokus kepada pesawat sedia ada dan bagi mengelakkan kos bercampur dengan pesawat yang tidak diguna atau dibawah pembaikan pesawat berikutan infrastruktur terhad, selain mengelakkan peningkatan perbelanjaan tanpa perolehan pendapatan. Kekangan infrastruktur dilihat berterusan berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA-Sepang dijangka berakhir apabila Terminal penerbangan tambang murah baru atau KLIA 2 siap dibina kelak. Awal Februari 2009, [[Kerajaan Malaysia]] telah memberi kuasa veto kepada rancangan Air Asia untuk membina hub pangkalannya sendiri bernilai 460 juta dollar Amerika berdekatan [[KLIA East @ Labu]].<ref>[http://web.archive.org/web/20110114205120/http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gYNn0DDMcCTeFBjy6GQNarAVckbA AFP: AirAsia defers delivery of eight Airbus A320s<!-- Bot generated title -->]</ref><ref>http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20090806213558/Article/index_html</ref>
 
Pada Jun 2011 AirAsia telah menempah 200 buah pesawat Airbus [[A320neo]] pada [[Pertunjukan Udara Paris]].<ref name=BBC/><ref name=FT/> Ini merupakan tempahan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersial dunia. Pesawat yang ditempah dijangka ada pada 2015, dan deal ini adalah yang terbesar dalam sejarah tempahan pesawat komersial di dunia.<ref name=BBC>{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/news/business-13884433|title=Airbus and AirAsia announce record deal for 200 planes|publisher=BBC|date=23 June 2011|accessdate=23 June 2011}}</ref> Deal ini bernilai $18 billion pada senarai harga, malah Air Asia akan mendapat diskaun atau harga istimewa dari tempahan berskala besar ini.<ref name="FT">{{cite web|url=http://www.ft.com/cms/s/0/e83d5dc2-9d9e-11e0-9a70-00144feabdc0.html#axzz1Q82RdNXV|title=Airbus secures 200 jet order from AirAsia|publisher=Financial Times}}</ref> Seorang penganalisa ekonomi berpangkalan di [[Singapura]] iaitu [[Shukor Yusof]] berkata ikatan perjanjian ini membawa saingan sengit kepada [[Southwest Airlines]] milik [[Amerika Syarikat]] dan lalu membuatkan Air Asia sebagai Penerbangan tambang murah terbesar di dunia.<ref name="FT"/><ref name="Reuters" /> Ikatan ini juga membuatkan AirAsia sebagai pelanggan terbesar Airbus.<ref name="Reuters">{{cite web|url=http://www.reuters.com/article/2011/06/23/uk-airshow-airasia-fernandes-idUSLNE75M05X20110623|title=AirAsia's Fernandes bets big on boyhood idea|publisher=Reuters|date=23 June 2011|accessdate=23 June 2011}}</ref>
 
==Perkhidmatan dalam pesawat==