Perbezaan antara semakan "Tanah Tinggi Cameron"

==Sejarah==
 
Nama Cameron Highlands diambil daribersempena dengan nama Sir [[William Cameron]], seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu untuk melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak pada tahun 1885<ref name="pdt">{{cite web |title=Sejarah Cameron Highlands |date=8 Februari 2013 |publisher=Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands |url=http://pdtchighlands.pahang.gov.my/index.php/2012-09-04-08-40-50/latar-belakang/sejarah-cameron-highlands |accessdate=29 Jun 2017}}</ref>. Cameron memulakan ekspedisi beliau berdekatan Estet Waterloo yang terletak di [[Kuala Kangsar]], [[Perak]] dan melalui [[Gunung Chabang]] yang terletak di [[Batu Gajah]], [[Perak]]<ref name="sejarah-utusan">{{cite news |title=William Cameron pencetus kemasyhuran |date=17 Oktober 2015 |newspaper=Utusan Malaysia |url=http://www.utusan.com.my/rencana/william-cameron-pencetus-kemasyhuran-1.147343 |accessdate=28 Jun 2017}}</ref>. Beliau kemudiannya meneruskan pemetaan melalui Pahang dan berakhir di kawasan Ulu Bertam atau [[Selangor]]. Dalam ekspedisi tersebut, Cameron membina beberapa jalan belukar baru merentasi [[Lembah Telom]] dan menjumpai satu dataran yang luas<ref name="sejarah-utusan" />. Cameron menyatakan bahawa beliau melihat "suatu dataran yang luas di kawasan tinggi serta bercerun-cerun seperti pusaran."<ref name="pdt" /> Walau bagaimanapun, Cameron gagal menentukan lokasi kawasan tersebut di atas peta<ref>{{cite book |authors=Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage |title=The Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei 4|publisher= Rough Guides |year=2003 |pages=154|isbn=978-1843530947}}</ref>.
 
Beliau kemudian berjumpa dengan Sir [[Hugh Low]], pegawai tinggi British di Perak pada ketika itu dan Sir Hugh Low menyatakan minatnya untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan peranginan serta ladang terbuka. Jalan hutan untuk ke "tanah Cameron" telah dibina yang melalui kawasan hutan belantara. Namun begitu, tiada perubahan direkodkan selepas itu<ref>{{cite book |last=De Souza |first=Edward Roy |title=SOLVED! The "Mysterious" Disappearance of Jim Thompson, the Legendary Thai Silk King (2nd ed)|publisher= Word Association Publishers |year=2010 |pages=18|isbn=978-1-59571-505-0 |lccn=2009944204}}</ref>.
 
Sejak tahun 1930, terdapat beberapa perubahan dan pembangunan drastik dijalankan di kawasan ini seperti beberapa perumahan telah didirikan, terdapat juga pos kawalan polis dan tentera serta beberapa pusat perkhidmatan seperti sekolah, tadika dan juga sebuah Stesen Eksperimen Agrikultur serta terdapat padang golf<ref name="ReferenceA">{{cite news |title=Cameron Highlands Golf |newspaper=The Straits Times |date=13 September 1935 |page=14}}</ref>. Pentadbiran bagi kawasan Cameron Highland pada ketika itu diletakkan di bawah Kuala Lipis<ref>{{cite book |last=Fletcher-Cooke |first=John |title=The Emperor's Guest|publisher= Pen and Sword |year=2012 |pages=3|isbn=9780850523461}}</ref>.
 
 
== Iklim ==
977

suntingan