Batu Belah Batu Bertangkup (filem): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k menambah Kategori:Filem bahasa Melayu (HotCat) |
Azizah Sofia (bincang | sumb.) |
||
Baris 30:
==Ringkasan==
Merupakan sebuah filem purba yang mengisahkan tentang dua orang adik beradik melalui liku kehidupan setelah kematian ayah dan ibunya yg dikaitkan dengan puaka dari Batu Belah Batu Bertangkup. Di dalam sebuah desa, ada satu keluarga 4 beranak. Ayahnya bekerja sebagai nelayan manakala ibunya sebagai suri rumah. Ayahnya meninggal dunia di dalam hutan kerana kemalangan di timpa pokok. Dia meninggal dunia ekoran mahu memuaskan kehendak isterinya yang mengidam akan telur ikan tembakul. Mulai saat itu sebulan selepas kematian ayahnya, ibunya ([[Neng Yatimah]]) mengambil tugas menyara keluarga. Suatu malam, ibunya dikejutkan dengan satu suara panggilan dari Batu Belah Batu Bertangkup yang menginginkan satu nyawa lagi, namun ibunya kebingungan dan tidak mengerti apakah yang dimaksudkan oleh mimpi tersebut. Ini kerana pada siang harinya dia memperoleh seekor ikan tembakul betina namun tiada telur di dalamnya. Dalam pada itu, ibunya
Ketika ibunya pulang ke rumah untuk menikmati juadah yang diidamkan itu namun, dia sungguh kecewa kerana telur ikan yang diidamkan sudah dihabiskan oleh Pekan. Melur dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya dengan baik. Semasa ibunya tidur, dia telah bermimpi mengenai panggilan suara puaka dari Gua Batu Belah Batu Bertangkup yang mempunyai cerita misterinya tersendiri. Akibat termakan hasutan, ibunya mengikut suara tersebut. Hal ini disedari oleh Melur dan Pekan. Mereka mengejar ibunya ke dalam hutan. Namun ibunya tidak menghiraukan. Sebelum tiba di pintu gua, ibunya sempat meninggalkan semangkuk susu badan untuk diberikan kepada Pekan yang masih kecil itu. Susu yang ditinggalkan itu terus diminum oleh Pekan yang kehausan. Tetapi sayangnya, ibunya berjaya ditelan oleh gua tersebut yang menginginkan satu nyawa lagi dan sumpahan itu akan tamat selepas itu.
Melur dan Pekan tidak sempat menyelamatkan ibunya. Hanya beberapa helai rambut sebagai tinggalan di pintu gua. Kini, Melur dan Pekan hilang tempat bergantung. Dia membawa diri sebelum dijumpai oleh seorang nenek kebayan yang pandai membuat ubat herba. Mereka dibesarkan dengan selamat. Beberapa tahun kemudian, Melur dan Pekan menginjak ke alam dewasa. Melur ([[Zaiton]])
Walaupun Pekan dan isterinya berjaya disihir, namun Melur menyarankan kepada Raja, hanya penawar dari roh semangat ibunya mampu mengubati ilmu hitam tersebut. Roh ibunya berjaya menyembuhkan penyakit tersebut maka tamatlah sumpahan puaka gua batu belah batu bertangkup. Tetapi, Datuk Setia Pahlawan ingin menghabiskan riwayat Pekan kerana dia bersama-sama kuncunya sudah merancang hal ini terlebih dahulu. Mereka berdua beradu tenaga sehingga Datuk Setia Pahlawan berjaya dibunuhnya. Keadaan menjadi aman dan damai semula.
==Pelakon==
|