Gas asli cecair: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 32 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q358333
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 1:
[[Image:LNG Process En.png|thumb|300px|Proses LNG yang biasa. Mula-mula, gas diekstrakkan dan disalurkan ke loji pemprosesan untuk ditulenkan dengan menyingkirkan sebarang hasil pemeluwapan seperti air, minyak, lumpur dan gas-gas lain seperti CO<sub>2</sub> dan H<sub>2</sub>S. Kelengkapan proses LNG juga direka untuk menyingkirkan jumlah surih raksa dari arus gas untuk menghalang raksa dari beramalgam dengan aluminium dalam penukar haba kriogenik. Selepas itu, gas disejukkan secara berperingkaberperingkat sehingga ia dijadikan cecair. Akhir sekali, LNG disimpan dalam tangki storan dan sedia untuk diangkut.]]
'''Gas asli cecair''' ({{lang-en|liquefied natural gas}}, '''LNG''') merupakan [[gas asli]] (terutamanya [[metana]], CH<sub>4</sub>) yang ditukarkan kepada bentuk cecair buat sementara agar senang disimpan atau diangkut.
 
Gas asli cecair mengambil kira-kira 1/600 isipadu gas asli dalam bentuk gas. Ia tidak berbau, [[Lutsinar dan lutcahaya|tidak berwarna]], [[Ketoksikan|tidak toksik]] dan [[Bahan mengakis|tidak mengakis]], tetapi masih boleh mendatangkan bahaya dengan mudah terbakar, membeku dan [[asfiksia]].
 
Proses [[Pencecairanpencecairan gas|pencecairan]] melibatkan penyingkiran komponen-komponen tertentu yang boleh menimbulkan kesulitan di peringkat lanjutan, seperti debu, gas asid, [[helium]], air, dan hidrokarbon yang berat. Kemudian, gas asli itu [[Pemeluwapanpemeluwapan|dipeluwap]] menjadi cecari pada tekanan seakan atmosfera (tekanan angkutan maksima ditetapkan sekitar {{convert|25|kPa|psi|abbr=on|disp=/}}) dengan mendinginkannya kepada kira-kira {{convert|-162|°C|°F|-1}}.
 
LNG lebih banyak menyusut isipadunya berbanding [[gas asli mampat]] (CNG) supaya [[ketumpatan tenaga]] LNG bersamaan dengan 2.4 kali ganda ketumpatan CNG ataupun 60% isipadu [[Diesel|bahan api diesel]].<ref>{{cite web | url= http://www.envocare.co.uk/lpg_lng_cng.htm | title= Liquefied Petroleum Gas (LPG), Liquefied Natural Gas (LNG) and Compressed Natural Gas (CNG) | date= 2007-03-21 Mac 2007|publisher= Envocare Ltd. | accessdate= 3 September 2008-09-03 }}</ref> Oleh yang demikian, LNG adalah lebih cekap kos untuk diangkut dalam perjalanan yang lama di mana tiadanya talian gas. Kapal laut atau lori tangki [[kriogenik]] yang direka khusus ([[pengangkut LNG]]) digunakan untuk mengangkut gas asli cecair.
 
LNG digunakan terutamanya untuk mengangkut gas asli ke pasaran untuk digaskan semula dan diedarkan sebagai gas asli dari talian paip. Ia boleh digunakan dalam [[kenderaan gas asli]], namun lebih seringkali kenderaan direka untuk menggunakan [[gas asli mampat]]. Belanja pengeluarannya yang agak tinggi serta perlunya untuk menyimpannya dalam tangki kriogenik yang mahal merupakan penghalang utama dalam pengkomersilan gas asli cecair.
 
==Lihat juga==
* [[Gas petroleum cecair]]
 
==Rujukan==