Polis Diraja Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 6:
 
==Sejarah Polis di Malaysia==
Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di [[zaman kesultanan Melaka]]. Undang-undang kanun Melaka merupakan antara undang-undang terawal di Malaysia dan ia dikuatkuasakan oleh institusi [[Temenggong]] dan para [[Hulubalang]] Sultan.
 
Organisasi polis di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya [[Piagam Keadilan]] di [[Pulau Pinang]]. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada [[Negara-Negara Selat]] dan negara-negara lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas [[Perang Dunia II]], satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "[[Civil Affair Police Force]]" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui [[anarkisme|anarki]] semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan puak [[komunis]].