Polis Diraja Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 10:
Organisasi polis di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya [[Piagam Keadilan]] di [[Pulau Pinang]]. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada [[Negara-Negara Selat]] dan negara-negara lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas [[Perang Dunia II]], satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "[[Civil Affair Police Force]]" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui [[anarkisme|anarki]] semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan puak [[komunis]].
 
Hampir setahun selepas [[Hari Kemerdekaan]], iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]], Almarhum [[Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad]] telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.
 
== Pautan Luar ==