Kolej Teknologi Makmal Perubatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
letak link
Baris 8:
 
 
'''Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP)''' adalah sebuah Institusi Latihan [[Kementerian Kesihatan Malaysia]](ILKKM) yang melatih individu menjadi seorang Juruteknologi Makmal Perubatan(JTMP) yang dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam bidang teknologi makmal perubatan untuk memenuhi keperluan di jabatan-jabatan Patologi di seluruh negara, institusi penyelidikan, universiti-universiti dan juga di makmal kesihatan awam.
 
Pada tahun 1900, [[Institut Penyelidikan Perubatan(IMR)]] telah ditubuhkan. Pengambilan Pembantu Makmal pertama hanya untuk menjalankan tugas-tugas spesifik dan latihan 'on the job apprenticeship'. Kursus latihan selama 3 tahun ini dilaksanakan secara perkhidmatan. Tahun 1 dan 2, program latihan dalam 5 disiplin iaitu Kajikuman, Kaji Kimia Hayat. Kaji Darah, Kaji tisu dan Kaji Parasit. Pada tahun 3, pelatih ditempatkan di bawah seliaan Ahli [[Patologi]] di makmal-makmal dan Hospital Besar.
 
Pada tahun 1968, Sekolah Teknologi Makmal Perubatan ditubuhkan dengan pengambilan pelajar pertama seramai 44 orang. Sekolah Juruteknologi Makmal Perubatan dinaikkan ke taraf Kolej dengan pengumuman rasmi oleh Y.B Menteri Kesihatan Malaysia pada tahun 1995.
 
Kursus yang ditawarkan di kolej ini adalah Kursus Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Selain itu, Kursus pengkhususan [[Biologi sel|Sitologi]], pengkhususan Hematologi, pengkhususan Mikrobiologi, [[Parasitologi]], pengkhususan Anatomi Patologi dan terbaru ialah Kursus Diploma Lanjutan Transfusi darah, kursus Diploma Lanjutan [[Biologi sel|Sitologi]] dan kursus Diploma Lanjutan Hematologi.
 
Selaras dengan keperluan kursus Diploma dan pengkhususan banyak kemudahan telah disediakan antaranya 6 buah makmal khas yang berhawa dingin, bilik pengajar, dewan peperiksaan dan kafeteria, bilik stor kimia dan peralatan, perpustakaan, bilik AVA, bilik serbaguna, surau, kenderaan dan asrama.