Pemisahan Singapura daripada Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22:
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
 
Arahan Kuala Lumpur supaya RTS atau Radio Television Singapura diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Persekutuan pada awal 1965 juga diingkari Lee Kuan Yew kerana polisi penyiaran RTS bercanggah dengan aspirasi Malaysia ketika itu. Siaran RTM yang terhad di kawasan tengah Semenanjung berorientasikan Melayu sementara siaran RTS yang agak kebaratan meliputi kawasan selatan seluruh Johor dan sebahagian Melaka. Apabila RTS menyiarkan berita dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin di dua saluran TV berbanding RTM yang masih dalam satu bahasa, ia sebenarnya satu provokasi terhadap dasar "bangsa Malaysia" yang cuba diterap Tunku dan arahan lee Kuan Yew ke atas RTS berkait rapat dengan konsep "Malaysian Malaysia"nya.Siaran berita bahasa melayu tv Singapura pada jam 7 petang disaloran 8.{{Dalam petikan diperlukan}}berita 1hb mei mukasurat 3 akhbar berbahasa melayu memetik SINGAPURA,Juma'at-mulai esok Taliveshen Malaysia(Singapura) akan menyiarkan siaran warta berita-nya tiap2 hari dalam empat bahasa-melayu,mandarin,tamil dan inggeris.Siaran warta berita dalam bahasa melayu akan di-pancharkan melalui saloran 8 sa-tiap hari pada pukol 7 malam.Siaran berita bergambar dalam bahasa melayu pula di-siarkan pada pukol 7.10 petang melalui saloran 8 pada tiap2 hari rabu dan sabtu saja.
 
samada disengajakan atau tidak pada akhbar yang sama bertarikh 7hb ogos Tv Malaysia diruangan susunan rancangan tv mukasurat 8 menulis Tv Malaya merujuk Tv Malaysia beberapa hari sebelum Singapura keluar dari Malaysia{{petikan diperlukan}}
 
==Lihat juga==