Perbezaan antara semakan "Glukosa"

143 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Penambahan kandungan baru)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
'''Glukosa''' atau nama kimianya (2''R'',3''S'',4''R'',5''R/S'')-2,3,4,5,6-pentahidrosilheksanal ialah salah satu [[monomer]] bagi [[karbohidrat]]. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.
 
Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat membentuk, dari satu rantai memanjang (yang dipanggil "[[unjuran Fischer]]") kepada, satu struktur siklik (yang dipanggil "[[unjuran Haworth]]") seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.
 
[[Imej:Glucose Fisher to Haworth.gif|thumb|Peralihan struktur glukosa daripada mengikut unjuran Fisher (bentuk rantai) kepada unjuran Haworth (bentuk siklik).]]
 
Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis daripada istilah akar [[bahasa Yunani]] iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.<ref>{{cite web|url=http://www.etymonline.com/index.php?term=glucose |title=Online Etymology Dictionary |website=Etymonline.com |date= |accessdate=25 November 2016}}</ref> Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.<ref name="Encyclopedia of Food and Health">{{cite book|title=Encyclopedia of Food and Health|date=2015|publisher=Academic Press|isbn=9780123849533|page=239|url=https://books.google.com/books?id=O-t9BAAAQBAJ&pg=RA2-PA239|language=en}}</ref>
20,067

suntingan