Perbezaan antara semakan "Pilihan raya Pakistan 2008"

tiada ringkasan suntingan
(Laman baru: '''Pilihan raya Pakistan 2008''' dirancang akan diadakan pada 8 Januari 2008. Parlimen Kebangsaan dan provinsi akan dibubarkan. Lebih 80 juta rakyat Pakistan akan mengundi bagi Parli...)
 
'''Pilihan raya Pakistan 2008''' dirancang akan diadakan pada 8 Januari 2008. Parlimen Kebangsaan dan provinsi akan dibubarkan. Lebih 80 juta rakyat [[Pakistan]] akan mengundi bagi Parlimen dan privinsi. Golongan wanita juga dibenarkan mengundi. [[Pilihan raya Pakistan]] mengguna [[sistem ballot]].
 
Hal ini telah diumumkan oleh [[Qazi Mohammad Farooq]] selaku Ketua [[Suruhanjaya Pilihan raya Pakistan]] pada [[20 November]] [[2007]].Kertas pencalonan boleh dihantar pada 21 November 2007. Senarai akhir calon akan dipaparkan di media massa pada 16 Disember 2007. Tarikh akhir penamaan calon ialah pada tengah malam 26 November 2007. Selepas tarikh itu, penamaan calon tidak akan diterima dan ditolak. Calon boleh bertanding dua kerusi.
 
==Pilihan raya dalam suasana darurat==
Pada [[20 November]] [[2007]] lebih 3000 tahanan politik telah dibebaskan. Pembebasan ini selaras dengan pilihan raya yang bakal diadakan. Pembebasan ini adalah mesej jelas bahawa pilihan raya akan berjalan dengan adil dan bebas.
 
==Kempen Pilihan raya==
Pada 1 Disember 2007, bekas Perdana Menteri Pakistan , Benazir Bhutto telah melancarkan manifesto dan memulakan kempen polihan raya di Peshawar, Pakistan. Pada 26 November 2007 , Benazir telah memfailkan kertas pencalonan untuk bertanding dalam pilihanraya 8 Januari 2008.
 
Beliau merupakan pemimpin parti pembangkang pertama melancarkan kempen pilihan raya. Sebelum ini banyak parti pembangkang mahu memboikot pilihan raya kerana Pakistan dala darurat dan Pervez Musharraf belum juga meletak jawatan ketua tentera Pakistan.
 
Manifesto Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang diumumkan oleh Benazir Bhutto itu menekankan kepada dana pendidikan , kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pinjaman mudah kepada peniaga kecil. Dalam strateginya, Benazir akan berunding dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Islamabad pada 2 Disember 2007. Persoalan boikot atau tidak akan dibincang dan diputuskan .<ref></ref>
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Pakistan]][[Kategori:Pilihan raya Pakistan]]
16,835

suntingan