Al-Masih: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
{{See also|Messiah|Jewish Messiah}}
 
''Al-Masih'' ialah perkataan [[bahasa Arab|Arab]] bagi [[Messiah]]. Dalam bahasa Arab moden, ia digunakan sebagai salah satu gelaran [[Nabi Isa]] yang dikenali di kalangan penganut [[Kristian]] ber[[bahasa Inggeris]] sebagai [[Jesus Christ]]. Perkataan al-Masih sellau digunakan oleh [[orang Arab Kristian]] dan juga orang [[Islam]], dan ditulis sebagai ''Yasu' al-Masih ''(يسوع المسيح ''Yasū`a al-Masīħ'') atau ''Isa al-Masih''.
 
Perkataan al-Masih secara harfiah bermaksud "Orang yang disapu (dengan minyak di kepala)" dan dalam Islam, Isa al-Masih dipercayai telah disapu sejak dilahirkan oleh [[Allah]] dengan tugas tertentu sebagai seorang nabi dan raja. [[Bani Israil]] yang menjadi sasaran Nabi Isa, mempunyai amalan tradisi menyapu raja-raja mereka dengan minyak. Sebuah hadith al-Bukhari yang menarik tetapi samar menerangkan bahawa Nabi Isa memiliki rambut basah yang kelihatan seakan-akan air menitis darinya, berkemungkinan bermaksud beliau disapu secara semulajadi. Orang Islam percaya bahawa ini hanyalah salah satu petanda yang membuktikan Nabi Isa adalah Messiah.