Buka menu utama

Perubahan

2,337 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis daripada istilah akar [[bahasa Yunani]] iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.<ref>{{cite web|url=http://www.etymonline.com/index.php?term=glucose |title=Online Etymology Dictionary |website=Etymonline.com |date= |accessdate=25 November 2016}}</ref> Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.<ref name="Encyclopedia of Food and Health">{{cite book|title=Encyclopedia of Food and Health|date=2015|publisher=Academic Press|isbn=9780123849533|page=239|url=https://books.google.com/books?id=O-t9BAAAQBAJ&pg=RA2-PA239|language=en}}</ref>
 
== Sumber dan penghasilan ==
Glukosa ialah sejenis [[gula]] ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai [[kanji]] dalam [[bijirin]] seperti [[beras]], [[jagung]], [[barli]] dan sebagainya. Ia juga disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses [[fotosintesis]].
 
=== Biosintesis ===
Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah kanan, maka ia dikenali sebagai gula [[dekstrosa]].
Dalam [[Tumbuhan|tumbuh-tumbuhan]] dan sesetengah [[prokariot]], glukosa merupakan hasil proses [[fotosintesis]]. Ia juga dihasilkan (terutamanya dalam haiwan dan kulat) daripada peruraian bentuk-bentuk glukosa yang berpolimer—[[glikogen]] (haiwan, fungi) atau [[kanji]] ([[bijirin]] seperti [[beras]], [[jagung]], [[barli]] dan sebagainya); pembelahan glikogen dirujuk sebagai [[glikogenolisis]],{{citation needed|date=November 2016}} kanji, atau peruraian kanji.<ref>{{cite journal|last1=Smith, Alison M.|last2=Zeeman, Samuel C.|last3=Smith, Steven M.|year=2005|title=Starch Degradation|journal=Annu. Rev. Plant Biol.|volume=56|pages=73–98|doi=10.1146/annurev.arplant.56.032604.144257}}</ref> Dalam haiwan pula, glukosa disintesiskan dalam [[hati]] dan [[buah pinggang]] daripada bahan perantara bukan karbohidrat seperti [[piruvat]], [[laktat]] dan [[gliserol]] melalui proses of [[glukoneogenesis]].{{citation needed|date=November 2016}} Dalam sesetengah spesies [[bakteria]] dasar laut, glukosa dihasilkan melalui [[kemosintesis]].{{citation needed|date=November 2016}}
 
=== Komersial ===
Glukosa dihasilkan secara komersialnya melalui [[hidrolisis]] kanji berpemangkin enzim. Pelbahgai jenis tanaman boleh digunakan sebagai sumber kanji. [[Jagung]], [[beras]], [[Gandum (tumbuhan)|gandum]], [[ubi kayu]], hampas jagung dan [[sagu]] digunakan di pelbagai tempat di serata dunia. Kebanyakan glukosa komersial wujud dalam bentuk komponen gula songsang (''invert sugar'') iaitu campuran kasar glukosa dan [[fruktosa]] bernisbah 1:1. Pokoknya, selulosa boleh dihidrolisiskan menjadi glukosa, namun proses ini belum lagi boleh dipergunakan secara komersialnya.<ref name="Ullmann2">Fred W. Schenck "Glucose and Glucose-Containing Syrups" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2006, Wiley-VCH, Weinheim. {{DOI| 10.1002/14356007.a12_457.pub2}}</ref> Sirap glukosa (juga dikenali sebagai [[sirap jagung]]) secara asasnya merupakan larutan akueus sakarida tulen yang dihasilkan daripada kanji kanji boleh dimakan yang mempunyai keseteraan dekstrosa (''dextrose equivalency'', DE) sebanyak 20 atau lebih; sirap jagung yang dikeringkan adalah sirap glukosa yang dikeluarkan airnya. Glukosa mempunyai nilai DE sebanyak 100 manakala maltodekstrin kering mempunyai nilai DE kurang daripada 20. Sirap jagung dengan sendfirinya mempunyai nilai DE antara 20 dan 95.<ref>{{cite book|url=https://books.google.com/books?isbn=008092655X|title=Starch: Chemistry and Technology|publisher=Academic Press|year=2009|isbn=008092655X|editors=BeMiller, James N. & Whistler, Roy L.|edition=3rd|series=Food Science and Technology|location=New York|pages=|access-date=25 November 2016}}</ref>
 
==Ciri fizikal==
===Larutan===
Kesemua jenis bentuk glukosa diperhatikan tidak berwarna dan mudah larut dalam air, [[asid asetik]] dan beberapa larutan yang lain. Jenis-jenis glukosa ini sedikit larut dalam [[metanol]] dan [[etanol]].
 
===Bentuk pepejal===
Tiga bentuk pepejal glukosa dapat dihablurkan daripada larutan air bergantung kepada keadaan persekitaran, iaitu α-glukopiranosa, β-glukopiranosa, anddan β-glukopiranosa hidrat.<ref name=Ullmann>Fred W. Schenck "Glucose and Glucose-Containing Syrups" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2006, Wiley-VCH, Weinheim. {{DOI| 10.1002/14356007.a12_457.pub2}}</ref>
 
==Dalam biologi manusia==
13,445

suntingan