Koko: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membetulkan beberapa kesalahan ejaan.
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[biji koko]]{{Hidupan
|Nama hidupan=Pokok koko
|Gambar=Cacao-pod-k4636-14.jpg
Baris 23:
Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 [[meter|m]]), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).
 
[[Biji koko]] biasanya digunakan sebagai [[matawang]] pada zaman [[Pre-Kolumbian]] [[Mesoamerika]]. Di sesetengah kawasan, seperti [[Yucatan]], biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir [[1840]]an.
 
== Sejarah ==
Koko pertama kali ditemui oleh kaum [[Maya]] dan [[Aztek]] di [[Amerika Selatan]]. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.
 
Pada masa dulu, [[biji koko]] digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan ''chocolat''.
 
Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke [[Sepanyol]] apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Baris 41:
 
[[Kategori:Malvales]]
[[Kategori:Coklat]]