United Kingdom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 103:
Pada abad ke-18, United Kingdom memainkan peranan penting untuk membangunkan gagasan [[sistem berparlimen]] bergaya [[Dunia Barat|Barat]] di samping memberikan sumbangan besar kepada bidang kesusasteraan, kesenian dan sains.<ref>{{Cite book |last=Ferguson |first=Niall |authorlink=Niall Ferguson |year=2003 |title=Empire: The Rise and Demise of the British World Order |publisher=Basic Books |isbn=0465023282}}</ref> UK menerajui sebuah [[Revolusi Perindustrian]] yang mentransformasikan negara serta menggalakkan kebangkitan [[Empayar British]]. Ketika ini, UK bersama [[kuasa besar|kuasa-kuasa besar]] yang lain bergiat dalam eksploitasi [[Kolonialisme|penjajahan]], termasuk sekali [[perdagangan hamba Atlantik|memperdagangkan hamba abdi]], namun setelah lulusnya [[Akta Perdagangan Hamba 1807|Akta Perdagangan Hamba]] pada tahun 1807, UK menerajui usaha membasmi gejala pemerdagangan hamba abdi.<ref>[http://www.bbc.co.uk/devon/content/articles/2007/03/20/abolition_navy_feature.shtml Sailing against slavery] By Jo Loosemore, BBC Devon</ref>
 
Ekoran kekalahan [[Perancis]] dalam [[Perang revolusi Perancis|Perang Revolusi]] dan [[Perang Napoleon]] (1792–1815), UK bangkit sebagai kuasa tentera laut dan ekonomi utama pada abad ke-19 (ketika London menjadi bandaraya terbesar di dunia sekitar tahun 1830–1930)<ref>L.-N. Tellier, ''Urban World History: an Economic and Geographical Perspective'' (Quebec, QC: PUQ, 2009), ISBN 2-7605-1588-5, p. 463.</ref> lalu bertahan sebagai [[kuasa terbesar|kuasa terulung]] hingga pertengahan abad ke-20.<ref>L. Sondhaus, ''Navies in Modern World History'' (London: Reaktion Books, 2004), ISBN 1-86189-202-0, p. 9.</ref> Selain Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat (selepas 1917), pihak Britishlah yang menjadi salah sebuah kuasa utama yang melawan Jerman dan sekutu-sekutunya pada Perang Dunia Pertama (1914–18).<ref>J. Turner, ''Britain and the First World War'' (Abingdon: Routledge, 1988), ISBN 0-04-445109-1, pp. 22-35.</ref> Atas penglibatannya di seluruh empayar, beberapa kawasan di Eropah serta semakin besar peranannya di [[BarisanMedan Barat (Perang Dunia PertamaI)|Barisan Barat]], jumlah anggota tentera British menjangkau lima juta orang.<ref name=Westwell&Cove/>
 
UK menutup tirai perangnya dengan mengalami kematian dua juta setengah orang dan hutang negara yang menggelembung.<ref name=Westwell&Cove>I. Westwell and D. Cove, eds, ''History of World War I, Volume 3'' (London: Marshall Cavendish, 2002), ISBN 0-7614-7231-2, pp. 698 and 705.</ref> Selepas perang, United Kingdom menerima mandat [[Liga Bangsa-Bangsa]] di bekas jajahan Jerman dan [[Empayar Uthmaniyyah|Uthmaniyyah]], maka [[Empayar British]] diperluas ke takat terbesarnya, iaitu menjangkau satu perlima permukaan darat sedunia dan satu perempat jumlah penduduknya.<ref>J. Turner, ''Britain and the First World War'' (Abingdon: Routledge, 1988), ISBN 0-04-445109-1, pp. 41.</ref> Ketika UK masih belum sempat pulih daripada kesan peperangan, ia dilanda pula oleh [[Zaman Meleset|Kemelesetan Besar]] (1929–32) yang membawa kesusahan serta pergolakn politik dan sosial.<ref>W. D. Rubinstein, ''Capitalism, Culture, and Decline in Britain, 1750-1990'' (Abingdon: Routledge, 1994), ISBN 0-415-03719-0, p. 11.</ref>
 
United Kingdom merupakan salah satu daripada tiga sekutu utama dalam [[Pihak BerikatBersekutu Perang Dunia Kedua]]. Berikutan ketumpasan sekutu-sekutunya di Eropah pada tahun pertama perang, United Kingdom meneruskan perjuangan menentang Jerman dalam [[Pertempuran Britain]]. Selepas menang akhirnya, UK menjadi salah satu daripada Tiga Kuasa Besar yang bersidang untuk merancangkan dunia pasca perang. Kerana peperangan inilah kewangan United Kingdom teruk terjejas. Namun begitu, [[Rancangan Marshall|Bantuan Marshall]] dan [[pinjaman]] yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat dan Kanada membantu proses pemulihan UK.<ref>[http://www.nytimes.com/2006/12/28/business/worldbusiness/28iht-nazi.4042453.html "Britain to make its final payment on World War II loan from U.S."]. The New York Times, 28 Disember 2006.</ref>
 
[[Fail:The British Empire.png|thumb|300px|right|Wilayah-wilayah yang pernah menganggotai [[Empayar British]]. [[Wilayah Luar Negeri British]] semasa bergaris bawah merah.]]