Perbezaan antara semakan "United Kingdom"

UK menutup tirai perangnya dengan mengalami kematian dua juta setengah orang dan hutang negara yang menggelembung.<ref name=Westwell&Cove>I. Westwell and D. Cove, eds, ''History of World War I, Volume 3'' (London: Marshall Cavendish, 2002), ISBN 0-7614-7231-2, pp. 698 and 705.</ref> Selepas perang, United Kingdom menerima mandat [[Liga Bangsa-Bangsa]] di bekas jajahan Jerman dan [[Empayar Uthmaniyyah|Uthmaniyyah]], maka [[Empayar British]] diperluas ke takat terbesarnya, iaitu menjangkau satu perlima permukaan darat sedunia dan satu perempat jumlah penduduknya.<ref>J. Turner, ''Britain and the First World War'' (Abingdon: Routledge, 1988), ISBN 0-04-445109-1, pp. 41.</ref> Ketika UK masih belum sempat pulih daripada kesan peperangan, ia dilanda pula oleh [[Zaman Meleset|Kemelesetan Besar]] (1929–32) yang membawa kesusahan serta pergolakn politik dan sosial.<ref>W. D. Rubinstein, ''Capitalism, Culture, and Decline in Britain, 1750-1990'' (Abingdon: Routledge, 1994), ISBN 0-415-03719-0, p. 11.</ref>
 
United Kingdom merupakan salah satu daripada tiga sekutu utama dalam [[Pihak Bersekutu Perang Dunia KeduaI]]. Berikutan ketumpasan sekutu-sekutunya di Eropah pada tahun pertama perang, United Kingdom meneruskan perjuangan menentang Jerman dalam [[Pertempuran Britain]]. Selepas menang akhirnya, UK menjadi salah satu daripada Tiga Kuasa Besar yang bersidang untuk merancangkan dunia pasca perang. Kerana peperangan inilah kewangan United Kingdom teruk terjejas. Namun begitu, [[Rancangan Marshall|Bantuan Marshall]] dan [[pinjaman]] yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat dan Kanada membantu proses pemulihan UK.<ref>[http://www.nytimes.com/2006/12/28/business/worldbusiness/28iht-nazi.4042453.html "Britain to make its final payment on World War II loan from U.S."]. The New York Times, 28 Disember 2006.</ref>
 
[[Fail:The British Empire.png|thumb|300px|right|Wilayah-wilayah yang pernah menganggotai [[Empayar British]]. [[Wilayah Luar Negeri British]] semasa bergaris bawah merah.]]
12,038

suntingan