Serangga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alpsdake (bincang | sumb.)
Acanthosoma labiduroides (male).jpg
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 39:
Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails ([[Collembola]]), disatukan dengan serangga dalam Subfilum [[Hexapod]]. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (''Insecta'')) dibezakan dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai '''ectognathous''', bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment badan (''abdominal''). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti [[lipan]], [[gonggok]], [[kalajengking]] dan [[labah-labah]], kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods) [[rangka luar|rangka luar (''exoskeleton'')]] yang bersambung-sambung.
 
 
== Morfologi dan tumbesaran ==
Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya ([[serangga ranting]] mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh [[rangka luar]] yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada [[kitin]]. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, [[toraks]], dan [[abdomen]]. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang [[antena]], sepasang [[mata kumpuan]], dan alat-alat mulut, seperti [[labrum]], [[labium]] dan [[maksila]]. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.