Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
== Rampasan kuasa yang gagal ==
Rancangan awal Hitler ialah untuk menculik [[Perdana Menteri Bavaria]] dan ahli tertinggi kerajaan di sana dan memaksa mereka untuk menyertai pemberontakan terhadap kerajaan demokratik [[Jerman]]. Beliau tahu bahawa seramai 3,000 ahli kerajaan Bavarian akan mengadakan perjumpaan di Bürgerbräu Keller, sebuah dewan minuman di Munich. Oleh itu, beliau mengarahkan tentera [[stormSturmabteilung|pasukan trooperspenggempur]]nya (SA) untuk mengepung dewan tersebut. Sewaktu [[Gustav von Kahr]], [[perdanaketua menteri]] Bavaria sedang berucap, Adolf Hitler dan stormtroopersnya yang bersenjata menceroboh kedalam bangunan itu. Kemudian Hitler memaksa [[Gustav von Kahr]], [[Otto von Lossow]], iaitu panglima tentera Bavaria dan [[Hans von Lossow]], ketua Polis negeri Bavaria kepadake bilik yang berlainan.
 
Selepas itu Hitler memberitahu mereka bertiga bahawa beliau akan menjadi pemimpin baru Jerman dan menawarkan mereka jawatan tertinggi dalam 'kerajaannya'. Pada mulanya mereka enggan bekerjasama kerana tidak mahu menjadi pengkhianat kepada negara. Selepas itu [[Eric Ludendorff]], seorang perwira [[Perang Dunia I]] cuba memujuk mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk bersepakat dengan Hitler dan dihadapan para pegawai kerajaan yang lain mereka memberi sokongan yang penuh kepada puak pemberontak. Hitler amat gembira apabila mendapat sokongan mereka dan mula percaya rancangannya untuk menjadi pemimpin Jerman akan menjadi kenyataan. Tetapi beliau telah diberitahu bahawa rancangan mengepung berek tentera Jerman menemui kesulitan. Oleh itu beliaupun bergegas ke sana.