Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
== Rampasan kuasa yang gagal ==
Rancangan awal Hitler ialah untuk menculik [[PerdanaKetua Menteri Bavaria]] dan ahli tertinggi kerajaan di sana dan memaksa mereka untuk menyertai pemberontakan terhadap kerajaan demokratik [[Jerman]]. Beliau tahu bahawa seramai 3,000 ahli kerajaan Bavarian akan mengadakan perjumpaan di Bürgerbräu Keller, sebuah dewan minuman di Munich. Oleh itu, beliau mengarahkan [[Sturmabteilung|pasukan penggempur]]nya (SA) untuk mengepung dewan tersebut. Sewaktu [[Gustav von Kahr]], [[ketua menteri]] Bavaria sedang berucap, Adolf Hitler dan stormtroopersnya yang bersenjata menceroboh kedalam bangunan itu. Kemudian Hitler memaksa [[Gustav von Kahr]], [[Otto von Lossow]], iaitu panglima tentera Bavaria dan [[Hans von Lossow]], ketua Polis negeri Bavaria ke bilik yang berlainan.
 
Selepas itu Hitler memberitahu mereka bertiga bahawa beliau akan menjadi pemimpin baru Jerman dan menawarkan mereka jawatan tertinggi dalam 'kerajaannya'. Pada mulanya mereka enggan bekerjasama kerana tidak mahu menjadi pengkhianat kepada negara. Selepas itu [[EricErich Ludendorff]], seorang perwira [[Perang Dunia I]] cuba memujuk mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk bersepakat dengan Hitler dan dihadapan para pegawai kerajaan yang lain mereka memberi sokongan yang penuh kepada puak pemberontak. Hitler amat gembira apabila mendapat sokongan mereka dan mula percaya rancangannya untuk menjadi pemimpin Jerman akan menjadi kenyataan. Tetapi beliau telah diberitahu bahawa rancangan mengepung berek tentera Jerman menemui kesulitan. Oleh itu beliaupun bergegas ke sana.
 
Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa kehadirannya, pemberontak di dewan itu menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi yang ditahan berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan Hitler. Hitler pula gagal menawan [[berek tentera]] Jerman dan pulang kembali kepada Beer Hall dan mendapati orang tebusannya telah berjaya melarikan diri. Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi [[Eric Ludendorff]] meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. Eric begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera di sana mungkin juga turut serta dengan pihak Nazi.
15,657

suntingan