Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 10:
Rancangan awal Hitler ialah untuk menculik [[Ketua Menteri Bavaria]] dan ahli tertinggi kerajaan di sana dan memaksa mereka untuk menyertai pemberontakan terhadap kerajaan demokratik [[Jerman]]. Beliau tahu bahawa seramai 3,000 ahli kerajaan Bavarian akan mengadakan perjumpaan di Bürgerbräu Keller, sebuah dewan minuman di Munich. Oleh itu, beliau mengarahkan [[Sturmabteilung|pasukan penggempur]]nya (SA) untuk mengepung dewan tersebut. Sewaktu [[Gustav von Kahr]], [[ketua menteri]] Bavaria sedang berucap, Adolf Hitler dan stormtroopersnya yang bersenjata menceroboh kedalam bangunan itu. Kemudian Hitler memaksa [[Gustav von Kahr]], [[Otto von Lossow]], iaitu panglima tentera Bavaria dan [[Hans von Lossow]], ketua Polis negeri Bavaria ke bilik yang berlainan.
 
Selepas itu Hitler memberitahu mereka bertiga bahawa beliau akan menjadi pemimpin baru Jerman dan menawarkan mereka jawatan tertinggi dalam 'kerajaannya'. Pada mulanya mereka enggan bekerjasama kerana tidak mahu menjadi pengkhianat kepada negara. Selepas itu Jeneral [[Erich Ludendorff]], seorang perwira [[Perang Dunia I]] cuba memujuk mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk bersepakat dengan Hitler dan dihadapan para pegawai kerajaan yang lain mereka memberi sokongan yang penuh kepada puak pemberontak. Hitler amat gembira apabila mendapat sokongan mereka dan mula percaya rancangannya untuk menjadi pemimpin Jerman akan menjadi kenyataan. Tetapi beliau telah diberitahu bahawa rancangan mengepung berek tentera Jerman menemui kesulitan. Oleh itu beliaupun bergegas ke sana.
 
Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa kehadirannya, pemberontak di dewan itu menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi yang ditahan berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan Hitler. Hitler pula gagal menawan [[berek tentera]] Jerman dan pulang kembali kepada Beer Hall dan mendapati orang tebusannya telah berjaya melarikan diri. Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi [[EricErich Ludendorff]] meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. EricErich begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera di sana mungkin juga turut serta dengan pihak Nazi.
 
Adolf Hitler yang hampir berputus asa itu terpaksa bersetuju dengan rancangan EricErich. Lalu dengan balapasukan separa tenteranya seramai 3,000 orang mereka berarak menuju ke ibu negara Jerman iaitu [[Berlin]] untuk menumbangkan kerajaan kebangsaan. Walaupun begitu, PerdanaKetua Menteri Bavaria serta pegawai kerajaan yang lain telah berpaling tadah dan berusaha untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] tersebut. Hitler telah tersilap strategi kerana tidak mengarahkan tenteranyapasukannya untuk menawan pusat komunikasi utama seperti [[stesyenstesen radio]] dan pejabat telegraf. Pada keesokan harinya, PerdanaKetua Menteri Bavaria telah membidas rampasan kuasa tersebut dan mengharamkan parti Nazi yang beribupejabat disana. Selain itu, kerajaan Bavaria dengan pantasnya telah memberi amaran kepada [[kerajaan pusat]] mengenai rancangan Hitler. Oleh itu, pihak berkuasa Munich telah bersedia untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] itu.
 
Apabila penyokong Hitler tiba di [[Munich]] mereka telah bertembung dengan angkatanpasukan [[polis]] di sana. Pertempuran sengit kemudiannya berlaku antara pihak [[Nazi]] dengan pihak berkuasa Munich. Dalam beberapa minit sahaja, 21 orang (termasuk 16 ahli Nazi) terbunuh dan beberapa ratus orang tercedera. Hitler berjaya melepaskan diri tetapi akhirnya beliau bersama pegawai teringginya telah ditangkap.
 
== Nazi selepas peristiwa Beer Hall Putsch ==
15,657

suntingan