Jahanam (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
Sampainya dia di Sungai Nibung, negeri itu sedang menghadapi keadaan huru hara kerana seekor harimau jadian yang ganas telah menyerang penduduk di negeri itu. Negeri itu diperintah oleh seorang Permaisuri ([[Saadiah]]). Apabila Sang Kurnia berjaya membunuh harimau itu, dia telah berkahwin dengan Permaisuri itu.
 
Keadaan menjadi jahanam apabila Sang Kurnia mula mengetahui asal-usulnya. Dalam tilikan tok pawang ([[Dollah Sarawak]]), ketika Permaisuri Sungai Nibung melahirkan anak, tilikan tok bomohpawang itu mengatakan bahawa anak itu pada suatu hari dia akan membunuh ayahnya dan mengawini ibunya. Tilikan yang sedemikian mendorong Raja Sungai Nibung mengarahkan agar bayi yang dilahirkan itu dibunuh. AkhirnyaTernyata barulahtilikan pawang itu menjadi kenyataan, Sang Kurnia akhirnya sedar bahawa bayi yang dikatakan oleh bomohpawang itu adalah dirinya sendiri, dan Raja Sang Utama yang dibunuhnya itu adalah ayahandanya sendiri. Keadaan bertambah parah apabila Sang Kurnia mengetahui Permaisuri yang dikahwininya itu adalah bonda kandungnya sendiri lalu dia cuba memohon maaf untuk menebus kesilapannya, namun segalanya sudah terlambat apabila Permaisuri itu membunuh diri setelah mengetahui perkara yang sebenar. Akibat terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang, Sang Kurnia bertindak membutakan kedua belah matanya sendiri dan meninggalkan istana yang akhirnya negeri Sungai Nibung itu sudah tidak berkerajaan lagi. Sang Kurnia terus hidup merempat dalam keadaan buta dan jahanam.
 
==Pelakon==