Aizen Sōsuke: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 30:
 
== Sinopsis ==
Apabila [[Kuchiki Rukia]] dibawa pulang ke [[Soul Society]] bersama-sama Sfera Pembiasan di dalam tubuhnya, Aizen cepat-cepat memanipulasikan sebuah konspirasi sehingga melibatkan semua orang. Aizen mula dengan membunuh setiap ahli Bilik Utama 46 dan telah menggerakkan tarikh hukuman Rukia lebih awal. Kemudiannya dia telah menggunakan kebolehan ''zanpakutō''nya untuk menipu semua orang untuk mempercayai bahawa dia telah dibunuh dan menetapkan bahawa Gin adalah pembunuhnya. Dia juga kemudian telah membuat leftenannya, Hinamori Momo, untuk menduga bahawa rakan lamanya, iaitu [[Hitsugaya Tōshirō|Kapten Hitsugaya]], telah membunuhnya, justeru mengenepikan Hinamori daripada mengganggu rancanganya. Disbebabkan kaedah penghukuman Rukia, Gotei 13 telah berpecah menjadi beberapa kumpulan dan golongan kapten mula bertarung antara satu sama lain. Sewaktu perbalahan ini berlangsung, Gin telah melaksanakan aspek-aspek penting rancangan itu, yang mula didedahkan apabila Kapten Divisyen ke-4, iaitu [[Unohana Retsu]] mula berasa curiga akan tubuh badan Aizen yang kononnya telah mati.
 
Aizen telah mendedahkan dirinya dengan hampir membunuh leftenanya, mengalahkan Hitsugaya, dan telah mengarahkan [[Tōsen Kaname]] membawa [[Abarai Renji]] dan Rukia kepadanya. [[Kurosaki Ichigo]] telah bekerjsama dengan Renji untuk mencelah, namun Aizen telah menunjukkan keberaniannya apabila dengan mudahnya, serangan mereka dipatahkannya, dan kemudian telah mengalahkan Kapten Divisyen ke-7. [[Komamura Sajin]], dengan sihir ''[[kidō]]'' tahap 90. Sekalipun Aizen gagal membunuh Rukia, dia telah mengeluarkan Sfera Pembiasan daripada badannya menggunakan maklumat yang dikaji oleh [[Urahara Kisuke]]. Dengan ini, Aizen telah dibawa ke [[Hueco Mundo]] oleh beberapa Menos Grande bersama-sama Gin dan Tōsen.
 
Bermula daripada waktu itu, Aizen telah mula mencipta beberapa arrancar, dan mula menghantar mereka satu per satu ke dunia sebenar untuk mendapat maklumat tentang Ichigo dan, kemudian, untuk menculik [[Inoue Orihime]], yang diperlukan Aizen di atas kuasa penyembuhan gadis itu, di mana ia dapat menyelamatkan kuasa Sfera Pembiasan yang semakin merosot. Aizen juga mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa Orihime setia kepadanya, sehingga membenarkannya melihat Sfera Pembiasan. Aizen menyedari pencerobohan Ichigo, Chad dan Ishida di Hueco Mundo dan mengadakan suatu perjumpaan dengan para Espadanya untuk memberitahu mereka akan ancaman itu.
 
== Kyōka Suigetsu ==