The Holiday: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 37:
 
Pada masa yang sama, Iris berjumpa dengan jiran Amanda, termasuk seorang lelaki tua yang bernama Arthur Abbott ([[Eli Wallach]]) yang menulis skrip bagi skor klasik filem bermutu. Mereka mula berkawan dan Iris mendapati sepucuk surat Arthur yang menginginkan Arthur muncul untuk ''Writers Guild of America Festival'' bagi meraikan satu malam mengingati jasanya. Arthur yang membuang surat itu dan Arthur berkata kepada Iris (yang terkejut) bahawa dia sering membuang surat itu kerana tidak mahu muncul di hadapan orang ramai sebagai orang tua yang sukar berjalan. Iris membantu Arthur berlatih untuk menghadiri majlis itu. Sementara dia menolong Arthur, dia turut berkawan dengan Miles ([[Jack Black]]), yang berpacaran dengan seorang pelakon bernama Maggie ([[Shannyn Sossamon]]). Ketika menghabiskan masa dengan Iris, Miles terserempak Maggie dengan lelaki lain. Maggie memutuskan hubungan dengannya dan Miles meluahkan hubungannya itu kepada Iris. Untuk menjauhkan kerunsingan mereka, Iris bekerjasama dengan Miles, yang mengarang muzik untuk majlis Arthur itu nanti.
 
Amanda dan Graham meneruskan hubungan mereka walaupun Amanda ragu dengan kebolehannya untuk sebuah hubungan yang berjaya. Satu malam, Amanda memutuskan untuk mengejutkan Graham di rumahnya dan menemui bahawa Sophie dan Olivia ialah anak perempuan Graham. Dia turut mengetahui rahsia Graham iaitu dia sudah kehilangan isteri. Dia kesal kerana tidak memberitahunya kerana takut fia tidak mahukannya lagi. Tetapi, Amanda amat gembira dengan kesopanan anak-anak Graham yang turut menyukai Amanda. Ketika mereka berasmara buat malam terakhir mereka bersama, Graham meluahkan perasaannya kepada Amanda yang dia menyintainya. Amanda memberitahu yang dia tidak menjangkakan hal tersebut dan Graham rasa bodoh bagi pernyataan yang tak berbalas itu.
 
 
[[Category:Filem antarabangsa]]