The Holiday: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 40:
Amanda dan Graham meneruskan hubungan mereka walaupun Amanda ragu dengan kebolehannya untuk sebuah hubungan yang berjaya. Satu malam, Amanda memutuskan untuk mengejutkan Graham di rumahnya dan menemui bahawa Sophie dan Olivia ialah anak perempuan Graham. Dia turut mengetahui rahsia Graham iaitu dia sudah kehilangan isteri. Dia kesal kerana tidak memberitahunya kerana takut fia tidak mahukannya lagi. Tetapi, Amanda amat gembira dengan kesopanan anak-anak Graham yang turut menyukai Amanda. Ketika mereka berasmara buat malam terakhir mereka bersama, Graham meluahkan perasaannya kepada Amanda yang dia menyintainya. Amanda memberitahu yang dia tidak menjangkakan hal tersebut dan Graham rasa bodoh bagi pernyataan yang tak berbalas itu.
 
Jasper melawat Iris di L.A. pada hari majlis Arthur, dan memberitahunya yang dia tak mahu melepaskannya walaupun perkahwinannya akan berlangsung tak lama lagi. Iris, walau bagaimanapun, merasakan dirinya dipermainkan lalu memberitahu Jasper dengan dingin bahawa merka sudah tiada apa-apa lagi dan menghalau Jasper (dan bersorak gembira selepas itu). Sementara itu, Miles berjumpa Maggie yang merayu memohon maaf dan memohon untuk peluang kedua. Miles menolak. Iris mengiringi Arthur ke ''Writers Guild Convention'' (dan disertai Miles kemudian) dan mendengar ucapannya di sebuah panggung yang penuh dengan orang ramai dan peminat. Miles mengajak Iris keluar pada Malam Tahun Baru tetapi Iris memberitahu yang dia akan pulang ke England. Lalu Miles memutuskan untuk ke sana supaya boleh meneruskan perhubungan mereka. Iris bersetuju dan menamatkan perbincangan itu dengan sebuah kucupan. Pada keesokannya iaitu hari Amanda pulang ke A.S., dia dan Graham melakukan ciuman terakhir, dan dia bertolak pergi. Dalam teksi menuju ke lapangan terbang, Amanda menangis setelah 15 tahun tidak menangis. Dia keluar dari teksi dan berlari pulang ke rumah Iris. Apabila dia di sana, dia menemui Graham sedang menangis. Dia berkata "Kamu tahu, saya baru terfikir. Apa gunanya kalau pergi sebelum Malam Tahun Baru?" Mereka berpeluk dan tinggal bersama. Filem tamat dengan Iris, Miles, Amanda, Graham, dan anak-anak Graham berseronok pada meraikan Malam Tahun Baru di England.
 
==Trivia==
[[Category:Filem antarabangsa]]
[[Kategori:Filem]]