Perbezaan antara semakan "Perakaunan"

1 bait ditambah ,  2 tahun lalu
pembetulan ejaan
(pembetulan ejaan)
Pengamal perakaunan dikenali sebagai '''akauntan'''. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti ''Chartered Accountant'' (di [[UK]], [[New Zealand]], [[Kanada]], [[India]], [[Australia]], [[Pakistan]]), ''Certified Public Accountant'' ([[AS]], [[Hong Kong]]), ''Certified Management Accountant'' (Kanada), ''Certified General Accountant'' (Kanada), ''Certified Practicing Accountant'' (Australia). Beberapa negara [[Komanwel]] seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (''chartered'') atau bersijil (''certified''). Kebanyakan akauntan "awam" (''"public" accountants'') di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, ''Certified General Accountant'' juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun [[2005]].
 
Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal akauntan adalah Institut Akauntan Malaysia (MIA) [http://www.mia.org.my Malaysian Institute of Accountants]. Selain itu, badan yang menetapkan prinsip-prinsip perakaunan pula adalah Lembaga Piawaian PerakauanPerakaunan Malaysia (MASB).
 
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan [[laporan kewangan]] yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (''regulator''), dan [[pemegang kepentingan]] (''stakeholders'') yang lain seperti [[pemegang saham]] (''shareholders''), [[pemiutang]] (''creditors''), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini juga dikenali sebagai simpan kira (''bookkeeping)''.
Pengguna awanama