Nasir Jani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 28:
 
==Biografi==
Nasir dilahirkan pada 1954 di Kampung Dol Said, [[Bandar Alor Gajah]], [[Melaka]] dan merupakan lulusan dalam [[komunikasi massa]] di [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM). Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1983, menerusi filem, ''[[Mekanik (filem)|Mekanik]]'' arahan [[Othman Hafsham]] yang mana beliau merupakan pengarah seninya. Seterusnya menjadi pengarah untuk iklan dan dokumentari. Pada 1984, beliau diberi kepercayaan oleh Datuk [[Rahim Razali]] sebagai pengarah seni bagi filem ''[[Matinya Seorang Patriot]]'', beliau pernah bekerja dengan Bade Hj Azmi dalam filem untuk [[TV3]] ''Maria'' (1984) arahan Shuhaimi Baba.<ref name="Nasir Jani"/> Pada 1986, Nasir menduduki kerusi pengarah menerusi filem ''[[Kembara Seniman Jalanan]]'' lakonan [[M. Nasir]] dan ''[[Filem Rozana Cinta '87|Rozana Cinta '87]]'' (1987).
 
Ketika kerjaya beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari terbabit dengan pengarahan filem dan fokus pada kerja-kerja di belakang tabir pengiklanan dan telemovie. Pada 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telefilem untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah ''Funfair'', ''Gigolo'', ''Tatoo'', ''Namaku Shima'' dan ''Runtuh''.<ref name="Nasir Jani"/> Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie ''Bara'' (1989) yang telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti [[Anugerah Seri Angkasa 1989/1990]], Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.<ref name="Nasir Jani"/>