Kembara Seniman Jalanan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah pautan ke Nasir Jani.
Baris 70:
 
==Kontroversi==
Pada 11 Januari 2016, pelakon filem ini, [[Pyan Habib]] mempertikai tindakan pihak "TPPA Malaysia" menggunakan sedutan filem ''Kembara Seniman Jalanan'' sebagai bahan dalam kempen mereka. Menurutnya, pengendali akaun berkenaan kelihatan mengambil jalan terlalu mudah dengan berselindung di sebalik [[Akta Hakcipta 1987]] untuk menghalalkan tindakan berkenaan. Katanya, Zarul Albakri selaku pemilik hakcipta filem ini masih hidup dan belum mati lagi.<ref name="KSJ">Al-Abror Mohd Yusof (16 Januari 2016). [http://www.malaysiakini.com/hiburan/327049 'Pemilik Kembara Seniman Jalanan belum mati'] ''[[Malaysiakini]]''. Dicapai pada 6 Februari 2016.</ref>
 
Portal ''[[Malaysiakini]]'' melaporkan sebuah klip video menjelaskan mengenai faedah pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menggunakan sedutan filem Kembara Seniman Jalanan sebagai bahan kempennya. Klip itu disiarkan akaun TPP Malaysia di [[Facebook]].<ref name="KSJ"/> Pemegang hak cipta filem itu, Zarul Albakri (adik kepada [[Zahim Albakri]]) mengesahkan kepada portal ini bahawa tiada sesiapa menghubunginya untuk memaklumkan kandungan produksi itu diambil sebagai bahan kempen. Ironinya klip itu cuba menjelaskan kesan kegiatan cetak rompak kepada industri kreatif.<ref name="KSJ"/>