Kesufian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tplcso (bincang | sumb.)
Pitnon (bincang | sumb.)
Baris 2:
{{Islam}}
'''Kesufian''' ({{lang-ar|'''تصوف''', ''taṣawwuf''}}; [[bahasa Arab]]/[[bahasa Parsi|Parsi]]: عرفان; bahasa Inggeris: ''Sufism'') ialah istilah yang diberikan kepada sebuah aliran atau [[tradisi]] pemahaman [[Islam]] yang merangkumi berbagai-bagai kepercayaan dan amalan. Antaranya ialah aspek [[esoterisme|esoterik]] atau [[mistisisme]] mengenai komunikasi dan dialog langsung antara penganut Islam dengan [[Allah]]. Perkataan [[tariqa]] atau [[tarekat]] digunakan oleh pengikut aliran Sufi untuk kaedah atau tradisi tertentu yang diikuti oleh seorang individu untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Unsur-unsur atau tradisi kesufian tidak terbatas kepada satu mazhab tertentu di dalam agama Islam, samaada mazhab [[Syiah]] atau [[Sunni]], walaupun kebanyakan tokoh-tokoh Sufi dalam sejarah terdiri daripada pengikut mazhab Sunni. bahkan boleh dikatakan terdapat juga contoh pengaruh kesufian yang terdapat dalam tradisi agama yang lain.
Pemikiran Sufi muncul dari [[Timur Tengah]] pada [[abad ke-8]], tetapi penganut-penganutnya kini terdapat di seluruh dunia. Walaupun terdapat pengaruh unsur-unsur kesufian di dalam budaya, pemikiran dan pengamalan masyarakat Islam kini secara umum, pengaruh Modenisasi dan kritikan segolongan ulama aliran [[Salafi]] wahabi telah menyebabkan kemorosotan pengaruh aliran-aliran kesufian dan pengurangan jumlah penganut jika dibandingkan dengan Zaman Pramodern.Sejak permulaan Abad ke-20, kedatangan beberapa pengamal kesufian ke negara-negara Barat telah menyebabkan penyebaran ajaran pemahaman Sufi dalam beberapa bentuk. Walaupun ramai pengikut kesufian di Barat telah memeluk agama Islam, ramai juga yang mengikut ajaran kesufian secara bebas (golongan [[New Age]]).
 
Ajaran kesufian telah memainkan peranan besar dalam pembentukan sastera di alam Islam, dan penulis golongan Sufi telah menghasilkan sejumlah besar [[puisi]] dalam bahasa Arab, [[Bahasa Turki|Turki]], [[Bahasa Parsi|Parsi]], [[Bahasa Kurd|Kurd]], [[Bahasa Urdu|Urdu]], [[Bahasa Punjabi|Punjabi]], dan [[Bahasa Sindhi|Sindhi]] yang merangkumi karya-karya [[Jalal al-Din Muhammad Rumi]], [[Abdul Qader Bedil]], [[Bulleh Shah]], [[Amir Khusro]], [[Shah Abdul Latif Bhittai]], [[Sachal Sarmast]], dan [[Sultan Bahu]], serta juga banyak tradisi [[tarian kesalihan]] (umpamanya [[pemusingan Sufi]]), dan muzik seperti [[Qawwali]].
Baris 17:
Pandangan yang lazim adalah bahawa perkataan "Sufi" berasal daripada ''Suf'' (صوف), sepatah perkataan bahasa Arab untuk [[sakhlat]] yang merujuk kepada [[mantel]] sederhana yang dipakai oleh zahid-[[zahid]] Islam pada zaman awal. Bagaimanapun, bukan semua ahli sufi memakai mantel atau pakaian yang diperbuat daripada sakhlat.
 
Satu lagi teori etimologi menyatakan bahawa kata dasar untuk "Sufi" ialah dari perkataan bahasa Arab, iaitu ''safa'' (صفا) yang bermaksud kesucian, dan merujuk kepada penegasan Sufisme terhadap kesucian hati dan [[jiwa]].
 
Sesetengah orang yang lain mengatakan bahawa asal perkataan "Sufi" adalah daripada perkataan "Ashab al-Suffa" ("Teman-teman Serambi") atau "Ahl al-Suffa" ("Orang-orang Serambi") yang merupakan sekumpulan penganut Islam pada zaman [[Nabi Muhammad]] yang menghabiskan banyak masa di [[serambi]] [[masjid]] Nabi untuk ber[[sembahyang]].