Latifah Omar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45:
Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru [[Kuala Lumpur]] pada 26 Mac 1939 dengan nama sebenar beliau ialah Fatimah Binti Omar. Beliau mengunakan nama samarannya sebagai Latifah selepas beliau berhijrah ke [[Singapura]] bersama ibunya, Rahmah Binti Kassim. Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura. Beliau merupakan seniwati filem [[Melayu]] hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 14 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik [[Singapura]]. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.
 
Allahyarhammah telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi [[filem Panggilan Pulau]] yang ditayangkan pada tahun 1954. [[Filem Panggilan Pulau]] (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar di mana pada masa itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya [[P. Ramlee]], [[Normadiah]], [[Nordin Ahmad]], [[Daeng Idris]], [[Yusof Latiff]], [[A. Rahim]], [[Salleh Kamil]], [[S. Shamsudin]], [[Siti Tanjung Perak]], [[Omar Rojik]], [[S. KandarismanKadarisman]], [[Ibrahim Pendek]] dan merupakan kemunculan pertamanya di layar perak .
 
Pada tahun yang sama juga, Allahyarhammah telah berpeluang untuk bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri [[P. Ramlee]] menerusi [[filem Merana]] (November 1954), terbitan Malay Film Production. Itu merupakan kali kedua dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum berhijrah dari Malay Film Production ke syarikat perfileman Cathay Keris.<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm Perginya Primadona filem Melayu.]</ref> Agak menyedihkan bagi Latifah (bergaji bulan) apabila dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem – sehingga sampai ke peringkat dia dimarahi. Kemarahan pihak MFP itu jelas diterjemahkan dalam ''[[filem Putera Bertopeng]]'' apabila namanya di ‘credit title’ dikeluarkan sungguhpun beliau adalah pelakon utama pelakon Allahyarham Dato' [[Ahmad Mahmud]]. Nama Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain sahaja yang ada, sebaliknya nama Latifah pula yang tiada.
Baris 51:
Ketika bersama Cathay Keris, populariti Allahyarham meningkat apabila beliau berlakon dalam banyak filem genre bangsawan bersama Allahyarham Nordin Ahmad. Beliau sempat membintangi 26 buah filem dengan Cathay Keris, yang mana 12 daripadanya merupakan gandingan bersama Nordin Ahmad. Beliau sering digandingkan dengan seniman [[Nordin Ahmad]] antaranya seperti dalam ''[[filem Gurindam Jiwa]]'', ''[[filem Lanchang Kuning|Lanchang Kuning]]'' dan ''[[filem Cucu Datuk Merah|Cucu Datuk Merah]]''
 
Selain Nordin Ahmad, Latifah juga pernah digandingkan dengan ramai seniman ternama seperti [[Ahmad Mahmud|Dato' Ahmad Mahmud]] (filem Insan dan Putera Bertopeng), [[S. Roomai Noor]] (Sumpitan Racun), S. Kadarisman (Bernoda), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim (Rumah Itu Duniaku). Dalam [[filem Bawang Putih Bawang Merah]] lakonannya bersama Dato' [[Mustapha Maarof]], Allahyarhammah memegang watak sebagai Merah, anak tiri yang teraniaya.
 
Apabila industri perfileman Melayu mula menampakkan kemerosotan, Latifah membawa diri selepas filem Naga Tasek Chini dan Gurindam Jiwa. Tetapi kemudian pada 1971, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam [[filem Putus Sudah Kaseh Sayang]] terbitan Merdeka Film StudioProductions iaitu gandingan ketiga P. Ramlee dan Latifah selepas filem Panggilan Pulau dan Merana (1954).
 
Filem terakhir Latifah ialah [[filem Hati Batu|Hati Batu]] (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, [[Fauziah Ahmad Daud]], M. Shahdan dan Salleh Melan.