Muka Surat Cinta: Perbezaan antara semakan

Filem romantik Malaysia 2014 arahan Pierre Andre
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox film | name = Muka Surat Cinta | image = | image_size = | border = | alt = | caption = | director = Pierre Andre | producer = David Teo...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:47, 18 Oktober 2017

Muka Surat Cinta (judul asal Perempuan Mukasurat Tujuh) merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2014 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini menggabungkan pelakon dari tiga negara, iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei, dan dibintangi oleh Mikail Andre, Azwan Kombos, Afiera Riana, Atikah Suhaime dan Nina Iskandar dan ditayangkan pada 16 Januari 2014. Ia mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel terlaris bersikap dingin dengan isterinya, kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.

Muka Surat Cinta
PengarahPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
16 Januari 2014
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot

Perkahwinan Putra dan Luna sudah menjangkau usia setahun, tetapi hubungan mereka seperti sudah menuju kegagalan. Putra seperti kehilangan dirinya dalam mencari sumber inspirasi untuk menulis novel seterusnya. Namun pada satu hari, Putra tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang gadis dalam sebuah novel yang dipinjamnya sehingga membuat keputusan untuk mencari penulis tersebut.

Pelakon

Penerbitan

Muka Surat Cinta merupakan filem ke-11 arahan Pierre Andre dan yang keenam bagi genre romantik dan merupakan filem keempat Mikail Andre di bawah arahan abangnya.[1][2]

Rujukan

  1. ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Dicapai pada 19 Januari 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar