Perbezaan antara semakan "Paul von Hindenburg"

tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hindenburg mengharungi kerjaya yang panjang dalam [[Tentera Darat Prusia]] dan telah bersara pada tahun 1911. Beliau telah dipanggil semula bertugas pada permulaan [[Perang Dunia I]] (menjadi ''Ober Ost'', singkatan ''Oberbefehlshaber Ost'' atau Panglima Tertinggi Barisan Timur), dan pertama kali mendapat perhatian negara, pada usia 66 tahun, sebagai pemenang dalam [[Pertempuran Tannenberg]] pada tahun 1914. Selaku [[Staf Am Jerman|Ketua Turus Am Besar]] (''Chef des Grossen Generalstabes'') Tentera Darat Imperial Jerman sejak tahun 1916, beliau dan timbalannya, Jeneral [[Erich Ludendorff]], menjadi terkenal dikalangan rakyat Jerman sehinggakan Hindenburg mendapat pengaruh yang lebih besar daripada [[Kaiser]] Jerman sendiri. Bersama dengan Ludendorff, mereka meneruskan idea [[Lebensraum]] yang mana selepas perang diterima pakai pula oleh [[Parti Nazi]] Hitler. Hindenburg sekali lagi bersara pada tahun 1919, tetapi kembali pada kehidupan awam pada tahun 1925 untuk dipilih sebagai [[Presiden Jerman]] yang kedua.
 
Hindenburg, selaku Presiden Jerman, melantik pemimpin Parti Nazi [[Adolf Hitler]] sebagai [[Canselor Jerman]]. Hindenburg secara peribadi memandang rendah Hitler, dengan lagak sombong merujuk Hitler sebagai "koperal Bohemia" itu (dalam bahasa Jerman ''böhmischen Gefreiten''), tersilap (secara sengaja atau tidak) dengan tempat lahir Hitler di [[Braunau]], [[Austria]] dengan pekan [[Braunau]] di [[Bohemia]]. Hitler berkali-kali dan secara paksa menekan Hindenburg bagi melantik beliau sebagai Canselor, Hindenburg berkali-kali juga menolak desakan Hitler. Walaupun berusia 84 tahun dan tidak sihat, Hindenburg telah dipujuk bertanding pilihanraya semula pada tahun 1932, kerana beliau dianggap satu-satunya calon yang boleh mengalahkan Hitler. Hindenburg telah dipilih semula dalam satu pengundian kali kedua. Meskipun beliau menentang Hitler, kestabilan politik Republik Weimar yang semakin merosot menyebabkan beliau memainkan satu peranan penting dalam kebangkitan kuasa Parti Nazi. Beliau membubarkan parlimen dua kali pada tahun 1932 dan akhirnya, atas nasihat [[Franz von Papen]], melantik Hitler sebagai [[Canselor]] pada Januari 1933. Pada bulan Februari, beliau mengeluarkan [[Dekri Kebakaran Reichstag]] yang menggantung pelbagai kebebasan awam dan pada Mac beliau menandatangani [[Akta PerundanganPengkuasaan 1933]] (Enabling Act), yang mana parlimen memberikan Hitler kuasa melaksanakan undang-undang. Hindenburg meninggal dunia pada tahun berikutnya, yang mana Hitler mengisytiharkan jawatan Presiden kosong dan selaku "Fuhrer und Reichskanzler", melantik diri sendiri sebagai [[ketua negara]].
 
Kapal udara terkenal [[Zeppelin]] ''[[Hindenburg]]'' yang musnah dalam [[Malapetaka Hindenburg]] pada tahun 1937 telah diberi penghormatan sempena namanya, begitu juga Empangan Hindenburg, iaitu laluan tambak yang menyambungkan pulau [[Sylt]] ke tanah besar [[Schleswig-Holstein]], dibina semasa pemerintahannya. Sebelum itu bandar [[Zabrze]] (bahasa Jerman: ''Hindenburg O.S.'') di [[Upper Silesia]], juga telah diberi nama sempena namanya pada tahun 1915. [[SMS Hindenburg]], iaitu sebuah kapal [[kruiser]] tempur yang ditauliahkan dalam Tentera Laut Imperial Jerman pada tahun 1917 dan merupakan kapal besar terakhir yang memasuki perkhidmatan tentera laut Imperial, juga telah diberi nama sempena namanya.
12,039

suntingan