Perbezaan antara semakan "Soekarno"

17 bait ditambah ,  2 tahun lalu
Info.
(Info.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
}}
 
'''Sukarno''' (lahir '''Kusno Sosrodihardjo'''; [[Bahasa Jawa|Jawa]]: ꦯꦸꦏꦂꦤ; 6 Jun 1901&nbsp;– 21 Jun 1970)<ref>[http://kepustakaan-presiden.pnri.go.id/biography/?box=detail&presiden_id=1&presiden=sukarno Biografi Presiden] Perpustakaan Nasional Republik Indonesia</ref> merupakan [[Presiden Indonesia]] pertama, yang berkhidmat selama 22 tahun, dari 1945 hingga 1967.
 
Sukarno ialah pemimpin perjuangan negaranya untuk [[Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia|Kemerdekaan dari Belanda]]. Beliau merupakan ketua pergerakan nasionalis Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda, dan menghabiskan lebih dari satu dekad di bawah penahanan Belanda sehingga dibebaskan oleh pasukan Jepun yang menyerang. Sukarno dan rakan-rakan nasionalisnya bekerjasama untuk mendapatkan sokongan untuk usaha perang Jepun dari penduduk, sebagai ganti bantuan Jepun dalam menyebarkan idea-idea nasionalis. Selepas penyerahan Jepun, Sukarno dan [[Mohammad Hatta]] mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, dan Sukarno dilantik sebagai presiden pertama. Beliau mengetuai Indonesia dalam menentang usaha semula penjajahan Belanda melalui diplomatik dan ketenteraan sehinggalah pengakuterimaan Belanda kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949. Pengarang [[Pramoedya Ananta Toer]] pernah menulis "Sukarno adalah satu-satunya pemimpin Asia era moden dapat menyatukan rakyat yang berlainan etnik, latar belakang budaya dan agama tanpa menumpahkan setitik darah."