Etika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 97 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q9465
Masgatotkaca (bincang | sumb.)
k +rujukan
Baris 2:
'''Etika''' (melalui [[Latin]] ''{{lang|la|ethica}}'' daripada [[bahasa Greek kuno]] {{lang|grc|ἠθική [φιλοσοφία]}} "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama [[falsafah]] yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian ''[[summum bonum]]'', iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.<ref>Sahakian, William S. & Sahakian, Mabel Lewis. ''Ideas of the Great Philosophers''. pg 31. Barnes and Noble Books (1993). ISBN 978-1-56619-271-2.</ref>
 
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya
<ref> [[Hary Gunarto]], Ethical Issues in Cyberspace and IT Society, Symposium on Whither The Age of Uncertainty, APU Univ., [https://www.researchgate.net/publication/254440840_Ethical_Issues_in_Cyberspace_and_IT_Society paper], Jan. 2003 </ref> .
Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu [[moral]] tertentu. Etika berbeza dengan [[agama]].
 
== Rujukan ==