Hubungan luar negeri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Terbitkan fakta baru
Baris 16:
Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan [[Laos]], [[Vietnam]], dan [[Myanmar]], atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi [[Kumpulan 15|G-15]] dan [[Kumpulan 77|G-77]].
 
Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Mahathir.<ref>Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980), Bangi: UKM Press, 2017.</ref> Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan [[serangan 11 September 2001]]. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]], hubungan dengan negara Barat, terutamanya Australia, makin erat.
 
Menteri Luar Malaysia kini ialah Datuk Seri Dr. [[Rais Yatim]].