Myanmar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Terbitkan fakta baru.
Baris 77:
Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa. Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai. Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun. Kawasan pesisir pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C.
 
Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49 % Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati. Di Zon Kering, sayur-sayuran banyak ditanam. Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan.
 
Pada bulan November 2009, Jepun menawarkan lebih daripada 500 bilion yen dalam bentuk bantuan selama tempoh tiga tahun akan datang untuk lima buah negara-negara dari rantau Sungai Mekong, di mana ia mencari lebih banyak peluang pengaruh dan pelaburan (The Straits Times (Afternoon Edition), 7 November 2009). Pada bulan yang sama juga, Jepun menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama pemimpin-pemimpin lima buah negara dari rantau Sungai Mekong yang bertujuan untuk Jepun mendapatkan semula sedikit pegangan pasaran yang hilang kepada China dan negara-negara lain pada tahun-tahun kebelakangan sebelumnya. Sidang kemuncak Jepun-Mekong di Tokyo ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan mampan negara-negara di rantau Sungai Mekong (The Straits Times, 6 November 2009).<ref>Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Myanmar-Jepun, Toronto: Rakuten Kobo Inc., 2015.</ref>
 
== Sejarah ==