Etnik Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AWG97 (bincang | sumb.)
Fakta baru
Baris 66:
Dalam bab 48 daripada teks agama Hindu ''[[Vayu Purana]]'', ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit ''Malayadvipa'' (secara harfiah: “benua bergunung-ganang”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan [[emas]] dan [[perak]]. Di situ terletaknya sebuah bukit bernama ''Malaya'' dan juga gunung besar yang digelar ''Mahamalaya''<ref>{{Cite web|url= http://www.sabrizain.org/malaya/malays4.htm |title=The origins of the word ‘Melayu’|author=Sabrizain|date= |accessdate=2010-07-25}}</ref>. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan ''Malayadvipa'' ini dengan [[Sumatera]]<ref>{{Cite book|title= The great Indian corridor in the east|page= 57|author= Phani Deka|isbn= 81-8324-179-4|year= 2007|publisher=Mittal Publications}}</ref>, ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada [[Semenanjung Tanah Melayu]] yang lebih bergunung-ganang<ref>{{Cite book|title= India's Interaction with Southeast Asia: History of Science,Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. 1, Part 3|page=266|author= Govind Chandra Pande|isbn= 978-8187586241|year=2005|publisher=Munshiram Manoharlal}}</ref><ref>{{Cite book|title= The economic life of northern India: c. A.D. 700-1200|page=139|author= Lallanji Gopal|isbn= 9788120803022|year=2000|publisher=Motilal Banarsidass}}</ref><ref>{{Cite book|title= A Panorama of Indian Buddhism: Selections from the Maha Bodhi journal, 1892-1992|page=612|author= D.C. Ahir|isbn= 8170304628|year=1995|publisher=Sri Satguru Publications}}</ref><ref>{{Cite book|title= The culture and art of India|page= 212|author= Radhakamal Mukerjee|isbn= 9788121501149|year= 1984|publisher= Coronet Books Inc}}</ref><ref>{{Cite book|title= Some contributions of India to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia|page= 8|author= Himansu Bhusan Sarkar|year=1970|publisher= Punthi Pustak|location=Calcutta}}</ref>, di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berhubungan dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi.
 
Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai ''orang Kun-lun'' dalam beberapa catatan China. Istilah ''Kunlun'' pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah [[Tibet]] dan utara [[India]]. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-ganang dan hutan-hutan terpencil. Orang [[Vietnam]], orang [[Champa]] dan [[Orang Khmer|Khmer]] pernah digelar sebagai orang ''Kunlun'' oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, [[Jianzhen]] (688-765) menyatakan kehadiran ramai "''orang [[Brahmin]], [[Orang Parsi|Parsi]] dan Kunlun di [[Guangzhou]]''". Buku Tang merekodkan "''setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina''"<ref>{{Cite book|title= The discourse of race in modern China|page= 12|author= Frank Dikötter |isbn= 978-0804723343|year= 1992|publisher= C. Hurst & Co. Publishers }}</ref> Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China. Mulai abad pertama muncul beberapa buah kerajaan awal berfahaman Hindu dan Buddha di utara Tanah Melayu.Seawal abad ke-6, kesusasteraan India dan China telahpun membincangkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik. Sumber maklumat China menyatakan Yau-Chu-Li (Tanah Melayu) merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi. Mengikut catatan Sanksrit pula, kuil kecil Hindu telah dibina di Kataka (Kedah), lebih kurang pada abad pertama lagi. Kerajaan Melayu pada masa ini telah berkembang di Selatan Segenting Kra.<ref>Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref>
 
{{Gallery|width=200|lines=5