Sejarah Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
fakta baru
Baris 4:
== Sejarah awal ==
[[Imej:TambunCavePaintings.jpg|left|thumb|200px|Lukisan prasejarah di [[Gua Tambun]], Perak]]
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks Gua Niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Namun begitu, penemuan terbaru oleh sejarawan terhadap DNA bangsa Melayu meletakkan Melayu sebagai bangsa tertua di dunia selepas letusan Gunung Toba dengan usia DNA sekitar 60, 000 tahun.{{Fakta}} Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.<ref>Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref>
 
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud penempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 yang merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Kerajaan awal ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.