Nusantara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
fakta baru
Baris 7:
Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian [[Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia|keluarga bahasa Melayu-Polinesia]], termasuk [[bahasa Tagalog]] yang dituturkan secara meluas di [[Filipina]], [[bahasa Jawa]] yang dituturkan di [[Pulau Jawa]] dan sudah tentunya, [[bahasa Melayu]] yang dituturkan di [[Malaysia]] (yang dikenali juga sebagai [[Bahasa Malaysia]]), [[Singapura]] dan [[Brunei]] (yang dikenali sebagai [[Bahasa Melayu]]). [[Bahasa Indonesia]] juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai ''Bahasa Indonesia'' oleh orang tempatan kerana penamaan bahasa Indonesia menurut "Sumpah Pemuda tahun 1928".
 
Seribu tahun dahulu, [[agama]] wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri daripada agama-agama [[Hindu]], [[Agama Buddha|Buddha]], dan tradisi-tradisi asli. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.<ref>Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref> Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk [[agama Kristian]] dan terutamanya, agama [[Islam]] telah memantapkan kedudukannya di sini.
 
Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama. Agama [[Islam]] merupakan agama yang terutama, khususnya di [[Indonesia]], [[Brunei]], [[Malaysia]], dan di kalangan orang Melayu di [[Singapura]], serta juga di [[Mindanao]] dan kawasan [[Filipina]] selatan, manakala agama [[Katolik]] merupakan agama terutama di [[Filipina]] dan [[Timor Timur]]. Di [[Semenanjung Malaysia]] terdapat juga banyak penganut [[agama Buddha]] dan [[Kristian]] daripada berbilang mazhab, dan agama Hindu. Agama Hindu ialah agama utama di [[Bali|Pulau Bali]].