John Chrysostom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Laman baru: '''John Chrysostom''' (349– ca. 407) ialah ketua biskop Constantinople. Beliau terkenal dengan kepetahan berkhutbah dan ucapan umum, kecaman terhadap penya...
 
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''John Chrysostom''' (349– ca. 407) ialah [[ketua biskop]] [[Istanbul|Constantinople]]. Beliau terkenal dengan kepetahan ber[[khutbah]] dan [[ucapan umum]], kecaman terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin agama dan politik, [[Liturgi St. John Chrysostom]], dan sensibiliti [[pertapaan]] beliau. Setelah kematiannya (atau, menurut beberapa sumber, semasa hayatnya), beliau diberi nama keluarga dalam [[bahasa Yunani]] ''chrysostomos'' yang bermaksud 'bermulut emas', dieja sebagai Chrysostom dalam [[bahasa Inggeris]].
 
[[Ortodoks Timur|Gereja Ortodoks]] dan [[Gereja Katolik Timur]] menyanjung beliau sebagai [[wali dalam agama Kristian|wali]] ([[hari jamuan]]: 13 November dan 27 January 27) dan menganggap beliau sebagai salah seorang daripada [[Tiga Orang Pembesar Agama Yang Suci]] (berkemungkinan setara dengan Imam Fiqh Yang Empat di kalangan orang Islam Sunnah) di samping [[Basil Agung]] dan [[Gregory Nazianzus|Gregory si Ahli Teologi]]. Beliau diiktiraf oleh [[Gereja Katolik Rom]] sebagai seorang wali dan [[Doktor Gereja]]. Tradisi gereja-gereja [[agama Kristian Barat|Barat]], termasuklah Gereja Katolik Rom, [[Gereja Inggeris]] dan [[Gereja Luther]] meraikan beliau pada 13 September.