Divisyen (tentera): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3:
[[File:Division Nato.svg|thumb|right|200px|Simbol standard [[Nato]] bagi sebuah divisyen infantri. Huruf X bukan menunjukkan nombor divisyen; tetapi dua huruf X mewakili sebuah divisyen (satu X mewakili sebuah briged; tiga pula sebuah kor).]]
 
'''Divisyen''' (''Division'') ialah sebuah [[Organisasi tentera|formasi tentera]] yang besar, biasanya mempunyai anggota antara 10,000 dan 30,000 askar dan diperintah oleh seorang [[Mejar Jeneral]]. Dalam kebanyakan tentera darat, divisyen terdiri daripada beberapa [[rejimen]] atau [[briged]]; seterusnya, beberapa divisyen biasanya membentuk satu [[kor]]. Dalam kebanyakan [[peperangan moden | tentera moden]], divisyen cenderung menjadi unit [[gabungan senjatatempur]] yang paling kecil dan mampu membuat [[Taktik tentera| operasi]] dengan bebas; ini adalah disebabkan oleh [[doktrin ketenteraan | peranan]] sebagai satu unit dengan pelbagai pasukan [[Peperangan|pertempuran]] dan pasukan bantuan tempur yang sesuai, yang boleh dibahagikan ke dalam pelbagai kombinasi [[Organik (tentera) | organik]].
 
Walaupun fokus rencana ini adalah pada divisyen tentera darat, dalam penggunaan tentera laut ''divisyen'' mempunyai makna yang sama sekali berbeza, merujuk sama ada jabatan pentadbiran di atas kapal tentera laut dan kapal pengawal pantai serta markas pantai, atau sub-unit beberapa kapal dalam [[flotila]] atau [[skuadron]]. Dalam penggunaan pentadbiran, saiz unit adalah berbeza-beza, walaupun biasanya ada divisyen berjumlah kurang daripada 100 orang. Di dalam tentera laut Amerika Syarikat dan [[Negara-Negara Komanwel | Komanwel]] seorang ''pegawai divisyen'' (Divo) biasanya berpangkat ensain atau leftenan (JG), tetapi boleh menjadi pegawai yang berpangkat lebih tinggi dalam keadaan tertentu atau di atas kapal perang besar , yang menyelia satu pasukan kelasi dalam melakukan tugas-tugas mereka.