Shamyl Othman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Kerjaya: Menambah info mengenai Shamyl Othman.
Baris 22:
 
==Kerjaya==
Shamyl memulakan pendidikannya dalam filem di [[Melbourne]], [[Australia]], pada tahun 1999. Dua filem pendeknya, ''Father'' dan ''Second'', yang beliau tulis dan arahkan semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. ''Father'' juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.
 
Setelah mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl kembali ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awalnya dengan [[Red Communications]] termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti [[Unilever]], [[Petronas]] dan [[Air Asia]]. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antara karya serantau yang terkenal ialah ''[[Waktu Rehat]]'' untuk [[Disney Channel]] dan ''My Ghost Story Asia'' untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di [[Anugerah Televisyen Asia]].
 
Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl telah mengarahkan filem juga. Filem cetera sulungnya ''[[Kami Histeria]]'', yang dikeluarkan di pawagam Malaysia pada Februari 2014, juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya ''[[Rembat (filem)|Rembat]]'' dikeluarkan pada Ogos 2015.
 
==Filemografi==