Tan Cheng Lock: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sedikit pembaharuan.
Kemaskini.
Baris 32:
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk [[politik]], [[pendidikan]], dan [[kebajikan masyarakat]] orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan [[ekonomi]]. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan [[petisyen]] dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang [[peranakan]] yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat [[British]], ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
 
==Kehidupan Awalawal==
Dilahirkan di Jalan Heeren, [[Melaka]], Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun [[1899]], beliau memperoleh pendidikan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di [[Institusi Raffles]] di [[Singapura]].
 
Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang [[getah]] yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun [[1909]], beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.
 
Pada tahun [[1913]], Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, [[Tan Siew Sin|Tun Tan Siew Sin]] (bakal [[Kementerian Kewangan Malaysia|Menteri Kewangan Malaysia]]) dan empat orang anak perempuan.
 
==Kerjaya Politikpolitik==
Pada tahun [[1912]], Tan dilantik oleh kerajaan [[British]] sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta [[Jaksa Pendamai]] Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.
 
Pada tahun [[1914]], Tan menghidupkan semula pertubuhan [[Sukarelawan Cina Melaka]] dan menjadi ahli biasanya sehingga [[1919]]. Pada tahun berikutnya, iaitu [[1915]], beliau menghidupkan semula [[Persatuan Orang Cina Peranakan-British]] (SCBA), sebuah persatuan di [[Melaka]] yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di [[Negeri-negeri Selat]], dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun [[1923]], Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga [[1934]].
 
Ketika [[Jepun]] [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|menduduki Tanah Melayu]] pada tahun [[1942]], Tan melarikan diri ke [[India]] <ref>''Ensiklopedia World Book'', m.s. 24, 1994. ISBN 0-7166-6694-4</ref> dan tinggal di sana sehingga [[1946]]. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah [[parti politik]] Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan [[Persatuan Cina Perantauan India]] (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan [[Warganegara|kewarganegaraan]] kepada mereka yang bukan dilahirkan di [[Tanah Melayu]]. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan [[Malayan Union]].
 
Malayan Union dibentuk secara rasmi pada [[1 April]] [[1946]]. Penentangan orang-orang [[Melayu]] terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan [[Parti Komunis Malaya]] (CPM) bekerjasama dengan [[Parti Kebangsaan Melayu Malaya]] (PKMM) untuk menentang [[UMNO]] di bawah pimpinan [[Onn Jaafar|Datuk Onn Jaafar]]. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan [[Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu]] (AMCJA) dan bekerjasama dengan [[Pusat Tindakan Rakyat]] (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM.
 
Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan membentuk [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun [[1948]]. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti [[perniagaan]]. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan [[Darurat|Keadaan Darurat]]. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat.
 
===Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)===
Pada [[27 Februari]] [[1949]], bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti [[Leong Yew Koh|Tun Leong Yew Koh]] dan [[H. S. Lee|Kolonel H.S. Lee]], Tan mengasaskan [[Persatuan Cina Malaysia|Persatuan Cina Tanah Melayu]] (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
* menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
* melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
Baris 57:
* bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh [[kemerdekaan]] untuk Tanah Melayu.
 
Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan [[Onn Jaafar|Dato' Onn Jaafar]] untuk membentuk [[Parti Kemerdekaan Malaya]] (IMP). IMP dibentuk pada [[26 September]] [[1951]] di [[Kuala Lumpur]] dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
 
Pada tahun [[1952]], Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam [[Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952|Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur]] pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh [[Tunku Abdul Rahman]].
 
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada [[23 Ogos]] [[1953]], dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan [[Parti Perikatan]] antara MCA, UMNO, dan [[MIC]] mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam [[Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955|pilihan raya persekutuan]] pada tahun [[1955]]. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada [[Suruhanjaya Reid]] yang ditugasi untuk menulis [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan]].
 
==Memorial Tan Cheng Lock==
Pada 24 Mei 2010, [[Arkib Negara]] akan mewujudkan [[Memorial Tun Tan Cheng Lock]] sebagai memperingati jasa [[Presiden MCA]] yang pertama itu. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [[Heng Seai Kie]] memaklumkan bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di [[Kuala Lumpur]] akan dijadikan memorial tersebut. Memorial Tun Tan Cheng Lock itu terletak berdekatan dengan [[Memorial Tunku Abdul Rahman]] akan dibaiki dengan kos RM10 juta.<ref>[http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2010/5/24/mstar_manusia_peristiwa/20100524095214 Memorial Tun Tan Cheng Lock Akan Diwujudkan Di Kuala Lumpur]</ref>
 
==Meninggal Duniadunia==
 
Beliau meninggal dunia pada [[16 Disember]] [[1960]] di [[Hospital Besar Melaka]] akibat [[sakit jantung]] ketika berumur 77 tahun.
 
==Anugerah==
* [[1949]]: D.P.M.J. oleh [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]], Sultan Johor.
* 1949: Komander Empayar British (''Commander of the British Empire'', CBE)
* [[1952]]: Komander Kesatria Empayar British (''The Knight Commander of the British Empire'', KBE) oleh [[Raja George VI]] yang membawa gelaran "Sir"
* [[1958]]: Tun oleh DYMM Seri Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]]
 
==Rujukan==