Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 53:
Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan [[hutan]] mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru setelah [[Kuala Lumpur]] dirancang untuk dijadikan [[Wilayah Persekutuan]]. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di [[Bangunan Sultan Abdul Samad]], Kuala Lumpur <ref name="popSA2"> Portal Rasmi Kerajaan Selangor : Sejarah Pejabat Setiausaha Kerajaan [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/99], dicapai pada 5 Februari 2014.</ref> mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada [[7 Disember]] 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj]] Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.
 
Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah [[Petaling]] yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi [[Majlis Perbandaran Subang Jaya]] dan bahagian zon selatan yang sebahagian dari daerah [[Klang]] bermula dari seksyen 25 - 33 di ambil dari [[Majlis Perbandaran Klang]].
 
==Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam==