The Happiest Millionaire: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 6 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q206437
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
 
Baris 26:
 
==Plot==
Kisahnya bermula pada musim luruh 1916, mengenai seorang pendatang [[Ireland]] bernama John Lawless ([[Tommy Steele]]) yang memohon jawatan ''butler'' untuk berkhidmat di bawah seorang jutawan yang aneh laku, iaitu [[Anthony J. Drexel Biddle]] (Fred MacMurray). Walaupun keluarga Biddle agak pelik, namun Lawless mampu membiasakan dirinya dan disukai oleh Mr. Biddle. Dalam babak-babak yang seterusnya, Lawless bertindak sebagai pencerita dan pengulas.
 
En. Biddle meluangkan masa di ''Biddle Boxing and Bible School'' (yang terletak di [[kandang kuda]]nya) dan juga bersama [[aligator]] belaan di [[rumah pemuliharaan]]nya. Dia juga amat berharap agar [[Amerika Syarikat]] melibatkan diri dalam Perangperang di Eropah ([[Perang Dunia I]]) meskipun kerajaan mengamalkan dasar berkecuali. Isterinya, Cordelia ([[Greer Garson]]) menerima kelakuannya yang aneh dengan rasa penuh bangga. Dua anak lelaki mereka, iaitu Tony ([[Paul Petersen]]) dan Livingston ([[Eddie Hodges]]) menuju ke sekolah asrama dan tidak kelihatan dalam filem ini lagi. Anak perempuan mereka pula, Cordy ([[Lesley Ann Warren]], dalam julung kalinya berlakon dalam filem), ialah seorang [[tomboi]] yang berkelakuan langsang, diajar oleh guru peribadi dan jarang bergaul dengan masyarakat jelata. Cordy hampa dengan kesukarannya untuk menarik pelamar dan ingin melihat dunia di luar mahligai Biddle.
 
Setelah didesak oleh ibu saudaranya, Mary ([[Gladys Cooper]]) dan Cordy sendiri, En. Biddle dengan berat hatinya membenarkan Cordy pergi ke sekolah asrama juga. Di sana, teman sebilik Cordy mengajarnya cara untuk memikat lelaki dengan sifat-sifat kewanitaan yang digelar "Bye-Yum Pum Pum". Di sebuah majlis tarian sosial yang diacarakan oleh ibu bapa saudaranya, Cordy berjumpa lalu jatuh cinta dengan [[Angier Buchanan Duke]] ([[John Davidson (penghibur)|John Davidson]], dalam julung kalinya berlakon dalam filem). Angie menceritakan kepada Cordy rasa kagumnya akan ciptaan [[kereta]] baru serta keinginannya untuk berpindah ke [[Detroit, Michigan]] untuk mencari rezeki daripada mengambil alih perniagaan tembakau keluarganya.
 
Pada musim sejuk, Cordy kembali ke rumah asalnya untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia sudah bertunang. Pada mulanya, En. Biddle sukar menerimanya kerana tidak ingin melepaskan puteri kesayangannya. Akan tetapi, setelah berjumpa dengan Angie dan menyaksikan kemahiran [[Jujutsu|Jiu Jitsu]] yang dipamerkan oleh si tunang itu, En. Biddle akhirnya menerima pertunangan tersebut. Selepas itu, Cordy dan Angie pergi ke BandarayaBandar Raya New York untuk berjumpa dengan ibunya ([[Geraldine Page]]). Tidak lama kemudian, keluarga Biddle dan keluarga Duke membuat persiapan untuk majlis perkahwinan yang penuh kebesaran.
 
Akan tetapi, Cordy sering disakiti oleh komen-komen yang mengaibkan daripada ibu Angie. Lebih memburukkan keadaan, perancangan keluarga masing-masing untuk perkahwinan itu membuatkan Cordy dan Angie berasa tersisih. Ketegangan ini memuncak apabila Cordy sedar bahawa Angie telah mengetepikan rancangan untuk ke Detroit demi mengambil tempatnya dalam perniagaan keluarganya atas kehendak ibunya. Dengan marahnya Cordy membatalkan perkahwinan itu, menyelar Angie sebagai anak manja ibunya, sehingga Angie meluru keluar dari rumah. Kedua-dua keluarga mereka pun kecundang dalam pergolaaknpergolakan. En. Biddle menghantar John Lawless untuk memujuk Angie.
 
John menjumpai Angie di sebuah kedai arak setempat sambil memikirkan tindakan seterusnya. Dalam babak nyanyian sambil menari yang merangsangkan, John cuba memujuk Angie agar balik ke pangkuan Cordy. Namun, Angie berdegil dan memikirkan cara lain untuk mengatasi masalah-masalahnya , antaranya termasuk hasrat untuk menyertai [[Legion Asing Perancis|Legion Asing]]. Angie tanpa sengaja mencetuskan pergaduhan dalam kedai arak (dengan sedikit bantuan daripada John) lalu dihumban ke penjara.
 
Keesokan pagi, En. Biddle datang untuk menjamin Angie. Dia memujuk Angie supaya melupakan impiannya dan menerima tempatnya dalam perniagaan keluarga. Kata-katanya itu menimbulkan kesan yang dikehendaki, iaitu mendorong Angie untuk melanggar pesan ibunya lalu berkahwin lari dengan Cordy ke Detroit. Bagaimanapun, Cordy percaya bahawa bapanya memujuk Angie. Oleh itu, untuk membuktikan keikhlasannya, Angie menjunjung Cordy keluar dari bangunan penjara sambil mendengar sorakan para banduan, untuk memulakan kehidupan yang baru (Versi pendek berakhir di sini).
 
Sebaik sahaja pasangan Biddle pulang, sekumpulan wakil Kor Marin tiba untuk memaklumkannya bahawa dia dilantik sebagai "kapten sementara" di Kor Marin dan dikehendaki segera ke [[Marine Corps Recruit Depot Parris Island|Pulau Parris]] untuk membantu melatih para rekrut memandangkan Amerika sudah terlibat dalam perang. En. Biddle dengan sukacitanya menerima pelawaan itu, lalu diucap tahniah oleh para pelajar Bible Boxing Class yang muncul secara tiba-tiba. Di sebalik senarai penghargaan penutup, kelihatan sebuah kereta yang menuju ke arah latar langit bandarayabandar raya (nampaknya seperti Detroit) yang dipenuhi dengan kilang-kilang yang meruahkan asap yang menghitamkan langit kota.
 
==Lagu==
Baris 58:
 
==Perbezaan versi==
Filem ini dipratayangkan pada tempoh 172 minit, termasuk overtur, muzik waktu rehat, muzik selingan, dan muzik keluar. Bagaimanapun, pihak Disney memutuskan untuk memendekkan filem ini kepada 160 minit untuk tayangan perdana. Disebabkan sambutan yang kurang memuaskan daripada pengulas dan pengunjung pawagam, pihak studio memotongnya lagi kepada 144 minit. Setelah sekali lagi gagal menyelesaikan masalah itu, filem itu dipotong lagi menjadi 118 minit. Versi lengkap 172 minit dipulihkan untuk tayangan [[Disney Channel]] dan keluaran [[DVD]], begitu juga dengan versi-versi yang lebih singkat itu. Versi penuh bergelar edisi "''Road Show''".
 
==Rujukan==