Tanda diakritik bahasa Arab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fluxbot (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 8:
Maksud harfiah ''tashkīl'' ialah 'pembentukan'. Oleh sebab teks Arab normal tidak membekalkan maklumat yang mencukupi tentang sebutan, tujuan utama tasykil (dan harakat) adalah untuk menyediakan panduan fonetik ataupun bantuan fonetik; yakni, buta menunjukkan sebutan yang betul. Matlamatnya sama seperti furigana (juga dipanggi 'ruby') dalam [[bahasa Jepun]] atau pinyin zhuyin dalam bahasa Mandarin buat kanak-kanak yang baharu belajar membaca, atau untuk pelajar bangsa asing.
 
Sebahagian besar skrip Arab ditulis tanpa menggunakan harakat (atau vokal pendek). Walau bagaimanapun, harakat sering diketemui dalam teks-teks keagamaan yang perlu mamatuhi peraturan-peraturan sebutan seperti kata Quran الْقُرْآن〉(al-Qur’ān). Harakat juga sering ditambah dalam penulisan [[Hadis]] الْحَدِيث〉(al-ḥadīth; majmuk: aḥādīth). Satu lagi kegunaan adalah dalam buku-buku kanak-kanak. Selain itu, harkat juga digunakan dalam teks biasa apabila timbulnya kekaburabkekaburan sebutan. Kamus-kamus bahasa Arab ynag mempunyai vokal menyediakan maklumat tentang sebutan betul buat kedua-dua penutur Arab natif dan juga penutur asing.
 
Vokal-vokal pendek boleh disertakan dalam kes kekaburan kata tidak dapat ditangani dengan konteks sahaja, atau apabila penulisan itu dapat diserikan dengan penggunaannya.