Endon Mahmood: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 70:
 
== Kanser payudara ==
Pada [[17 April]] 2002, Endon menjalani pembedahan membuang [[payu dara]] bersama [[limfa|noda-noda limfa]] dan [[Otot|otot-otot]] di [[ketiak]] berdekatan di St John's Medical Center, [[Los Angeles]], [[Amerika Syarikat]]. Kakak kembarnya (Noraini Mahmood) yang lebih awal didiagnosiskan dengan penyakit yang sama telah meninggal dunia pada 4 Januari 2003. Dontor mengesahkan Endon mengidap kanser pada 2001 dan mengambil perubatan herba dari profesor pelawat dari China. Endon turut menjalani 33 sesi [[radiasi]] dan fisioterapi serta urutan [[limfa]] dan rawatan kemoterapi Abraxene. Setelah pulang dari AS, beliau dimasukkan ke [[Hospital Putrajaya]].
 
Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1426 Hijrah akibat [[Penyakit barah payudara|kanser payudara]], 18 hari selepas pengembaliannya ke Malaysia. Beliau yang meninggal dunia pada umur 64, menghembus nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di depan keluarga: