Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Latar belakang
Dato Batu (bincang | sumb.)
→‎Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang: Muhamad Tahir telah menggantikan abangnya Muhamad Akib yang telah mati sewaktu Perang Kelang dan kemudiannya telah menyebelahi Tengku Kudin kerana Raja Mahadi gagal memberi ganjaran kepada Muhamad Tah...
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 10:
==Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang==
 
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul antara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuas hati dengan Raja Abdullah telah memintamenukar sokongannya kepada Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi dengan bantuan orang orang Melayu Sumatra termasuk orang orang Batu Bara telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>
 
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Penghentian ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah]].<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>. Sewaktu peperangan itu Muhamad Akib, ketua orang orang Batu Bara telah mati ditembak dan adiknya Nonggok (juga dikenali sebagai Dato Dagang Muhamad Tahir) telah menggantikan abangnya itu sebagai ketua orang orang Batu Bara.Muhamad Akib dan beberapa orang pengikut nya yang terkorban telah dikuburkan didalam kawasan Kota Raja Mahadi. Kubur kubur tersebut masih lagi ada disitu sehingga sekarang. Oleh kerana Raja Mahadi gagal menunaikan janjinya untuk memberi kuasa kepada Muhamad Akib dan Muhamad Tahir (sebagai pengganti abangnya yang telah mati) sebahagian besar daerah negeri Selangor sebagai ganjaran atas sokongan kepada Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah diKlang, berlaku pertelingkahan diantara Muhamad Tahir dan Raja Mahadi. Tambahan pula salah seorang pengikut Muhamad Tahir telah dibunuh oleh seorang saudara Raja Mahadi yang mana Raja Mahadi enggan menyelesaikan atau membayar ganti rugi kepada Muhamad Tahir. Oleh sebab itu, Muhamad Tahir merasa marah dan tidak puas hati dan seterusnya menarik sokongannya dari Raja Mahadi dan sebaliknya menyebelahi pihak Tengku Kudin sehingga akhir Perang Kelang dan Perang Saudara diSelangor.
 
==Peperangan dan Tengku Kudin==