Badan Peguam Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul hazim (bincang | sumb.)
Khairul hazim (bincang | sumb.)
Baris 24:
Pada [[1999]] Majlis Peguam telah mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda sokongan kepada peguam [[Zainur Zakaria]] yang menghadapi tuduhan menghina mahkamah berkaitan kes [[Anwar Ibrahim]].
==Klip video peguam==
Pada [[27 September]] [[2007]] seramai 1500 anggota Majlis Peguam telah berarak panjang dari bangunan [[Palace of Justice|Istana Keadilan]] ke [[Dataran Putra]], [[Putrajaya]] bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh [[Presiden Majlis Peguam]], [[Ambiga Sreenavasan]] dan dinamakan "walk of justice". Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh [[polis]] dari [[Unit Simpanan Persekutuan]] (FRU).
 
Turut serta ialah naib presiden Majlis Peguam [[Ragunath Kesavan]] dan setiausaha majlis itu [[Lim Chee Wee]] serta peguam terkenal [[Malik Imtiaz Sawar]], Tommy Thomas, N. Sivanathan dan [[Sivarasa Rasiah]]. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5km selama 45 minit secara aman, tanpa kekacauan.
 
Mereka menyerahkan dua memorandum kepada [[setiausaha politik Perdana Menteri]] Datuk [[Wan Farid Wan Salleh]]. Dua memorandum itu ialah:
* Menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim.
* Menggesa [[Suruhanjaya Diraja]] ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video seorang peguam terkenal dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini pada [[2002]] semasa Dr [[Mahathir Mohamad]] menjadi [[Perdana Menteri Malaysia]].