Tuah (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23:
 
==Ringkasan==
Seorang lelaki berbaju Kesultanan Melayu purba telah menyelamatkan Datuk Shaari ([[Mustapha Maarof]]) dan anaknya Sahira ([[Erma Fatima]]) daripada penjenayah. Oleh kerana lelaki itu cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah. Apabila lelaki itu sedar, dia memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah ([[Jamal Abdillah]]), pahlawan Melayu di abad ke-15. Semua orang berpendapat yang dia telah hilang ingatan, namun Sahira mula percaya dengan cerita Tuah selepas beberapa orang pengamal perubatan melakukan beberapa ujian pemeriksaan kesihatan sama ada mental dan fizikal. Hasil dari ujian cap jari, hasil keputusannya mendapati tiada data yang sama dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Seorang lagi doktor melakukan ujian mental melalui teknik hipnosis dan mendapati pengakuan dari Tuah adalah jujur. Dalam pada itu, seorang pesilat terkemuka yang dikenali sebagai Tok guru ([[Zami Ismail]]) mencabar Tuah bertarung. Dalam perlawanan tersebut, Tuah berjaya menewaskan musuhnya dengan mudah.
Semasa bersiar-siar ke Melaka, dia ternampak potret Sultan Anuar Alauddin Shah ([[Faizal Hussein]]). Tuah menyatakan bahawa wajah di potret itu mirip Jebat. Sahira menjelaskan sejarah bagaimana Hang Jebat boleh menjadi Sultan Melaka. Menurut cerita dari hikayat Hang Jebat, Jebat mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud Shah setelah mengetahui Tuah dihukum bunuh dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan. TuahJebat menjadihanya marahdapat lalumemerintah berusahaKeaultanan mencariMelaka jalanbeberapa pulangbulan kesahaja zamannyasebelum untukdia menyekatmati tindakandibunuh oleh para pembesar istana. Jebat mati akibat diracun.
 
Selepas mendengar penjelasan itu, Tuah ternampak akan sebilah keris Taming Sari di dalam sebuah peti kaca. Dengan bantuan keris Taming Sari tersebut, Tuah berjaya kembali semula ke zamannya dan bertemu dengan Hang Lekir. Tuah menjelaskan bagaimana dia dapat kembali semula ke zaman ini walaupun Hang Jebat pada ketika itu sudah menawan Istana Melaka. Tujuannya adalah untuk menyekat tindakan Jebat terhadap Sultan Mahmud Shah. Manakala Sultan Mahmud Shah dan pembesar yang lain telah melarikan diri akibat dari amukkan Hang Jebat.
 
==Pelakon==